Berita baik buat peminat Manchester City!
Pengurus mereka, Pep Guardiola telah bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab tersebut.
Kontrak baharu tersebut menyaksikan Guardiola bakal bersama juara Premier League itu sehingga pada tahun 2021.
Guardiolan nyata gembira dengan perkara ini, dan komited untuk merencana masa depan yang gemilang buat Manchester City.
“Saya amat gembira dan juga teruja. Saya amat terharu untuk dapat berkerja di sini.”
“Saya berasa gembiri di sini berkerja dengan para pemain yang saya ada dan kami akan berusaha keras untuk memberikan kejayaan pada tahun-tahun mendatang.”
Fokus beliau kini terletak pada usaha menjadikan skuad beliau lebih baik.
“Saya akan memfokuskan kepada usaha untuk membuatkan para pemain saya berasa lebih baik sebagai satu pasukan.”
“Kami ada skuad yang berpurata 23 tahun dan kami mahu bergerak ke depan dan kekalkan dengan apa yang kami kecapi ketika ini.”
Walaupun membuat keputusan untuk kekal di Manchester City, Guardiola dikatakan bersedia menerima kehilangan pembantu beliau iaitu Mikel Arteta.
Arteta dikaitkan sebagai calon utama untuk menjadi pengurus Arsenal selepas pemergian Arsene Wenger.
Guardiola dikatakan sudah memberikan ‘restu’ kepada Arteta untuk mengisi jawatan itu.
Arteta kini dikatakan bersedia untuk berhadapan dengan ketua Arsenal iaitu Ivan Gazidis untuk proses pembincangan kontrak sebagai pengurus baharu kelab tersebut.
Arsenal dikatakan telah pun mendapatkan kebenaran dari Manchester City untuk mengajak Arteta ke meja rundingan dan persetujuan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.