Pep Guardiola menolak dakwaan yang kegagalan Manchester City mendapatkan Jorginho sebagai satu tamparan hebat kepada kelab tersebut.
Ini kerana Guardiola pernah memberitahu kekecewaannya apabila Jorginho menyertai Chelsea walaupun 15 hari sebelum ini Napoli dan pemain tersebut sudah mencapai persetujuan dengan City.
Jorginho menjadi perancang tengah yang dikehendaki banyak kelab besar di Eropah. Dan beliau memilih untuk menyertai Maurizio Sarri di Chelsea.
Guardiola menyamakan situasi Jorginho dengan situasi Alexis Sanchez. Manchester City pernah hampir mendapatkan Alexis Sanchez namun kehilangan pemain itu kepada Manchester United.
“Anda hanya boleh katakan tamparan hebat kepada City apabila pemain itu sudah berada di sini (Man. City) tetapi kemudiannya memilih Chelsea.”
“Tiada siapa boleh memaksa dia datang ke sini.”
“Kami percaya, perjanjian dengan beliau hampir dicapai, kami percaya ianya boleh dikira muktamad, namun pada saat akhir beliau memilih ke Chelsea.”
“Situasi beliau sama dengan Alexis Sanchez sebelum ini, ketika beliau memilih untuk ke Man. United.”
Pep Guardiola menyatakan yang Manchester City masih tidak menutup bursa perpindahan pemain mereka. Mungkin akan ada penambahan pemain berlaku dalam beberapa minggu ini.
Manchester City akan berhadapan dengan Chelsea dalam perlawanan perisai komuniti. Jorginho dijangka akan menjadi pemain utama Chelsea dalam pertemuan tersebut.
Pep Guardiola dalam misi penting untuk mempertahankan EPL pada musim akan datang. Manchester City juga pastinya bercita-cita untuk menjulang kejuaraan UCL.