Guardiola, Ronaldo, Mourinho, Sir Alex Ferguson Antara Bintang Dalam Filem Dokumentari Bobby Robson

Bobby Robson digelar ‘Gentleman’ dalam bola sepak. Beliau merupakan penyerang sayap dalam (inside forward) yang signifikan dengan Fulham dan West Bromwich Albion.

Selepas itu, beliau menjadi salah seorang pengurus Inggeris yang terbilang pada satu ketika dahulu. Beliau pernah membawa Ipswich Town menjuari Piala UEFA (UEL) pada 1981 menewaskan AZ Alkmaar.

Beliau kemudian menjadi pengurus beberapa kelab besar di Eropah termasuk Barcelona, Porto, PSV Eindhoven, Sporting dan Porto.

Bobby Robson menikmati banyak kejayaan sebelum kembali ke tempat kelahiran beliau Newcastle untuk menguruskan Newcastle United.

Ketika di Barcelona, Bobby Robson memacu Barcelona untuk menjuarai European Cup Winners’ Cup pada 1997. Beliau menjadi pengurus yang membantu pemain-pemain handalan seperti Ronaldo.

Jose Mourinho dan Pep Guardiola antara individu yang berterima kasih dengan Bobby Robson. Guardiola dan Mourinho banyak belajar daripada Robson untuk menjadi pengurus yang hebat.

Mourinho pernah menjadi penterjemah Robson di Barcelona.

Robson pernah menguruskan England pada 1982 sehingga 1980. England mara ke suku akhir Piala Dunia 1986 dan disingkirkan ‘Hand Of God’ Diego Maradona.

Satu dokumentari khas dihasilkan untuk Bobby Robson berjudul Bobby Robson: More Than A Manager. Tayangan perdana akan ditayangkan di layar besar di Stadium Wembley dan Portman Road pada mei ini.

Beberapa nama besar dalam bola sepak akan terlibat dalam filem dokumentari ini termasuk Jose Mourinho, Guardiola, Ronaldo, Gascoigne, Shearer, Lineker, Gary Lineker dan Alex Ferguson.

Jom saksikan trailer yang menarik ini. Tengok pun dah rasa berkobar-kobar nak menonton filem ini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN