Guardiola Puji Persembahan Cemerlang Gundogan

Prestasi cemerlang Manchester City diteruskan apabila mudah mencatat kemenangan 4-0 ke atas FC Basel dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara awal pagi semalam hasil jaringan daripada Gundogan, Bernardo Silva dan Sergio Aguero.

Namun begitu, pengendali City, Pep Guardiola menyifatkan kemenangan itu masih belum menjamin tempat ke suku akhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah kerana mereka masih ada satu lagi perlawanan kedua di Etihad.

The Citizens hanya memerlukan 23 minit untuk berada selesa di depan apabila berjaya mendahului tuan rumah 3-0 dalam saingan berlangsung di Stadium Sankt Jakob Park.

Tiga jaringan pertama itu hadir dalam tempoh sembilan minit. Ia bermula menerusi tandukan Ilkay Gundogan pada minit ke-14, disusuli rembatan kencang Bernardo Silva (minit ke-18) dan tendangan jarak jauh Sergio Aguero, lima minit selepas itu.

Nasib malang Basel terus bertambah selepas permainan disambung semula apabila Gundogan tampil sekali lagi untuk menjaringkan gol keempat City sekali gus meletakkan Liga Perdana Inggeris itu kian hampir dengan kelompok lapan terakhir Liga Juara-Juara.

Guardiola selepas perlawanan itu, memuji prestasi Gundogan yang mempamerkan persembahan luar biasa untuk memastikan City membawa bekalan gol yang selesa ke tempat sendiri.

“Gundo seorang pemain luar biasa. Musim lalu beliau kerap terlepas beraksi kerana cedera. Bukan hanya gol-golnya tapi juga personalitinya untuk bermain, dia seorang yang hebat. Saya amat gembira untuknya,” akui Pep.

Bos City turut mengakui yang pasukannya di prestasi terbaik di pertiga akhir dalam kempen musim ini.

“Empat kosong di tempat lawan, ia satu keputusan hebat, namun di peringkat ini ia 180 minit secara keseluruhan.

“Vincent telah kembali, begitu juga Delph.. ramai pemain kembali dari kecederaan. Gabriel akan kembali semula tak lama lagi. Selain Mendy, kami akan ada skuad penuh nanti.

“Kami hampir ke suku akhir. Saya tak mengatakan ianya sudah selesai tapi kami memperolehi keputusan hebat. Kami telah bertahan ‘bola panjang’ (long balls) dengan bagus dan kami juga cukup klinikal hari ini.

“Pengalaman saya dalam Liga Juara-Juara di peringkat 16 akhir, ia hanya akan selesai selepas perlawanan kedua.

“Sudah tentu, kami akan turut fokus menentang Basel di Stadium Etihad, tapi dengan perlawanan melawan Arsenal dan Chelsea begitu hampir ia juga penting untuk memberi tumpuan kepada dua perlawanan tersebut.

“Jika kami berjaya ke suku akhir, ia lebih bagus berbanding musim lalu.

“Ia tidak mudah untuk mengekalkan tahap sama yang kami sedang bermain, tapi kami berjaya lakukannya. Secara keseluruhan, saya gembira. Kini kami bersiap untuk perlawanan seterusnya menentang Wigan (Piala FA) hari Isnin depan.

“Kami masih di bulan Februari. Dalam Liga Perdana Inggeris kami berada di posisi hebat, 16 jurang di puncak.

“Namun kami masih belum menjuarai apa-apa lagi. Seperti yang telah saya katakan pada awal, tumpu perlawanan demi perlawanan. Kami cuba terus fokus dan memenangi setiap perlawanan.” kata pep.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN