Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji hasil kerja rakan sejawatnya di Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.
Menurut Guardiola, masa amat diperlukan untuk mendapatkan hasil dan kini ianya seakan sudah mula berbuah buat Manchester United.
“Saya tidak berada di sana, saya bukan sebahagian daripada Manchester United tetapi saya rasakan yang orang percayakan apa yang Ole Gunnar Solskjaer lakukan.”
“Pada saya beliau melakukan kerja dengan cukup baik.”
Sejak kehadiran Bruno Fernandes di Manchester United, pasukan tersebut dilihat mempunyai kestabilan di bahagian tengah dan sudah mula menghasilkan kemenangan buat mereka.
“Saya sentiasa percaya yang pengurus dan kelab perlukan masa untuk mengaplikasikan aspirasi mereka, untuk membina sesuatu yang pengurus dan kelab itu percaya.”
“Kadang kala keputusan yang diraih itu tidak baik dan ini menyebabkan proses itu terbantut di tengah jalan.”
Guardiol bercakap demikian kepada media menjelang aksi Manchester Derby antara kedua-dua pasukan di Old Trafford.