VIDEO: Wenger Dedah Guardiola Kunjungi Beliau Di Rumah Untuk Sertai Arsenal

Senarai nama pemain yang pernah cuba dipancing oleh Arsene Wenger ke Arsenal terdiri daripada nama-nama hebat dunia bola sepak sepanjang zaman.

Pemain-pemain ini hampir menyertai Arsenal, atau sekurang-kurangnya pernah berada di dalam radar Arsene Wenger dan The Gunners.

Antara pemain-pemain tersebut ialah Gerard Pique, Yaya Toure, Paul Pogba, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

(Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

Sekurang-kurangnya Wenger berjaya mendapatkan Petr Cech dan juga Henrikh Mkhitaryan; daripada senarai pemain yang pernah cuba dipancing oleh pengendali dari Perancis itu.

Baru-baru ini dalam satu temubual bersama BeIN Sport, Wenger mendedahkan satu lagi nama bekas bintang bola sepak dunia yang hampir-hampir menyertai beliau di kelab London itu.

NICKY BUTT, MANCHESTER UNITED, TACKLES JOSEP GUARDIOLA, BARCELONA (Photo by Ross Kinnaird/EMPICS via Getty Images)

Kisah sebenarnya, bekas pemain tersebut mengunjungi Wenger di kediamannya untuk meyakinkan pengurus Arsenal tersebut untuk beraksi bersama Arsenal. Individu yang dimaksudkan ialah bekas pemain tengah Barcelona, dan pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Pada satu ketika, Pep Guardiola disifatkan antara pemain tengah terbaik di Eropah. Beliau beraksi bersama Barcelona di antara 1990 sehingga 2001, membantu kelab Catalan itu menjuarai enam kejuaraan La Liga, satu kejuaraan Piala Eropah, dan 1 UEFA Cup Winners’ Cup.

29 Sep 1999: Nwankwo Kanu of Arsenal is closed down by Frank de Boer and Josep Guardiola of Barcelona during the Barcelona v Arsenal UEFA Champions League Group B match played at the Nou Camp, Barcelona, Spain. The game finished in a 1-1 draw. Mandatory Credit: Shaun Botterill /Allsport

Walaupun hampir memperolehi segala yang diinginkan ssepanjang karier bola sepak profesional, Guardiola hanya mempunyai satu impian yang tidak pernah termakbul, iaitu untuk beraksi bersama Arsenal di bawah bimbingan Arsene Wenger.

Dalam bual bicara bersama BeIN Sport itu, Wenger dipetik sebagai berkata:

“Saya ada berbicara bersama Guardiola beberapa kali. Ketika masih bergelar pemain, Guardiola pernah mengunjungi saya di rumah untuk menyampaikan niatnya beraksi bersama Arsenal.”

Arsenal manager Arsene Wenger (left) and Manchester City manager Pep Guardiola shake hands before the Premier League match at the Etihad Stadium, Manchester. (Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Pengurus Arsenal itu bagaimanapun tidak menerima tawaran Guardiola, dan bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu kemudiannya menyertai Brescia, Roma dan Al-Ahli selepas meninggalkan Barcelona pada 2001.

Anda boleh menyaksikan petikan klip video bual bicara Arsene Wenger bersama BeIN Sport melalui pautan di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN