Pep Guardiola masih tidak pasti sama ada gol Llorente yang menyingkirkan Man. City itu bersih. Hal ini kerana pada satu sudut pandangan Guardiola merasakan bola itu terkena tangan Llorente.
Namun begitu Guardiola bertegas seperti sebelum ini bahawa beliau menyokong 100% VAR kerana beliau berpandangan pengadil perlu dibantu.
Guardiola juga tidak mempertikaikan gol Sterling yang dibatalkan VAR. Pemain kebangsaan England tersebut meraikan gol hatrik masa kecederaan beliau dan percaya itu adalah gol yang akan membawa City ke separuh akhir UCL. Sebaliknya pada fasa awal binaan gol itu VAR mendapati Aguero ofsaid.
Guardiola berkata: “Saya ok dengan VAR. Cuma kalau dilihat pada satu sudut, gol Llorente itu ‘handball’. Saya tiada masalah dengan pengadilan yang telus. Pengadil harus dibantu.”
'From one angle Fernando Llorente's goal is handball'
Pep Guardiola backs VAR after dramatic Champions League defeat by Tottenham… but claims winning goal shouldn't have stoodhttps://t.co/2PGQGwh4lZ pic.twitter.com/QEaMP3Ni3Y
— Mail Sport (@MailSport) April 18, 2019
“Saya sudah melihat kembali situasi itu [gol Sterling] dan pengadil menyatakan ia ofsaid selepas melihat VAR.”
“Jika VAR digunakan pada musim lepas [dalam perlawanan Manchester City vs Liverpool], ianya pasti berbeza.”
Spurs mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Manchester City. Son Heung Min menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan timbal balik. Spurs beraksi tanpa Harry Kane dalam aksi di Etihad.