Guardiola Nafi ‘Koyak’ Dengan Pengadil, Tekad Untuk Terus Kejar Liverpool

Pep Guardiola berkofrontasi dengan pengadil selepas tamat aksi Liverpool dan Manchester City. Beliau dengan sarkastik mengucapkan terima kasih kepada pengadil.

Guardiola jelas tidak berpuas hati dengan VAR yang tidak memberikan Man City 2 penalti kerana Trent Alexander Arnold yang ‘handball’.

Guardiola juga memberikan isyarat 2 jari dengan penuh amarah kepada pegawai keempat, Mike Dean.

Guardiola sangat marah dengan beberapa keputusan pengadil yang tidak memihak kepada pasukannya.

Namun dalam sidang media, Guardiola menafikan beliau mempertikaikan keputusan pengadil. Dan beliau memberikan amaran kepada semua pemainnya agar tidak menggunakan media sosial untuk mempertikaikan keputusan pengadil.

Guardiola berkata: “Itu bukan sarkastik. Saya benar-benar memberikan terima kasih banyak kepada pengadil. Saya lakukan benda yang sama selepas perlawanan menentang Spurs.”

“Saya sudah banyak kali akan pergi kepada pengadil apabila tamat perlawanan dan mengharapkan mengucapkan semoga berjaya kepada mereka.”

Ditanya tentang pandangan beliau tentang rungutannya ke atas handball, Guardiola berkata: “Kamu harus tanya Mike Riley tentang semua yang berlaku dalam perlawanan.”

“Saya tak akan bercakap tentangnya. Setiap kali saya ditanya, kadangkala ianya handball, dan kadangkala tidak. Jangan tanya saya, tanya mereka.”

“Namun saya tak menyesalinya. Jika saya tak gembira, saya akan beritahu para pemain pada rehat separuh masa ataupun selepas tamat perlawanan.”

“Saya nak pemain saya terus berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan, jauhkan diri daripada media sosial untuk memberikan pandangan kamu tentang apa berlaku. Cuma bercakap tentang keindahan bola sepak.”

Guardiola masih mengibarkan cabaran Manchester City dan tidak mahu menyerah kalah.

“Saya rasa kami sudah menunjukkan aksi kami di stadium yang paling sukar ketika ini. Sebab itulah kami juara. Ini salah satu detik paling membanggakan dalam karier saya.”

“Sekarang ini ada 3 pasukan di hadapan kita pada carta liga. Mungkin mereka ada kelebihan untuk menjuarai EPL. Namun saya berharap kami akan mengekalkan mentaliti dan mencubanya.”

“Jika apa yang kami berikan tak cukup, maka kami harus mengucapkan terima kasih kepada Liverpool, Leicester atau Chelsea dan melangkah ke musim baru.”

“9 mata adalah banyak. Mereka hanya tewas 1 perlawanan musim lalu. Musim ini, 12 perlawanan dengan 11 kemenangan dan 1 seri. 9 mata bukan mudah untuk dikejar. Namun masih awal, ini masih November.”

“Adakah ini tahun mereka? Sahabat saya, Jurgen Klopp lebih tahu daripada saya untuk menjelaskannya kepada kamu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN