Lionel Messi akan menghabiskan kariernya di Barcelona, kata Pep Guardiola.
Menurut laman BBC Sport, pengurus Manchester City itu yakin pemain itu akan kekal di kelab Sepanyol itu walaupun kini beliau menghadapi isu dalaman dengan pengarah kelab yang juga bekas rakan sepasukan, Eric Abidal.
“Beliau akan kekal, itulah harapan saya.”
“Saya tidak akan bercakap mengenai pemain yang dari kelab lain, akan tetapi saya rasakan beliau akan kekal di Barcelona.”
Untuk rekod, Messi kini bebas untuk menyertai mana-mana kelab secara percuma pada musim panas ini selepas rekodnya akan tamat musim ini.
Hal ini kerana, beliau akan mempunyai klausa untuk berbuat demikian pada hujung musim ini walaupun pemain itu hanya akan tamat kontraknya bersama-sama Barcelona pada 2021.
Klausa tersebut membuatkan beberapa kelab utama Eropah seperti Juventus dan Paris Saint-Germain berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk cuba mendapatkan pemain itu.
Namun begitu, Guardiola dan Manchester City telah menafikan usaha mereka untuk mendapatkan pemain terbaik dunia enam kali itu.
Sebelum ini, kecoh yang Messi secara terbuka mengecam kenyataan Abidal yang mengatakan para pemain Barcelona tidak berusaha keras sewaktu Ernesto Valverde menjadi pengurus pasukan itu.