Guardiola: ‘Mbappe Tidak Akan Mampu Setaraf Messi Atau Cristiano’

Kylian Mbappe memulakan musim ini dengan cemerlang bersama PSG. Ianya adalah kesinambungan kecemerlangan beliau pada musim lalu membantu Monaco menjuarai Ligue 1.

Ramai mulai mengaitkan Mbappe sebagai pemain yang bakal menjadi sehebat Messi selepas ini. Namun bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola tidak bersetuju.

“Tiada seorang pun boleh menandingi Lionel Messi. Mbappe? Dia pemain yang hebat dan luar biasa, itu pastti. Tetapi untuk melakukan apa yang Messi dan Cristiano capai dalam 10-12, kita tunggu sahajalah.”

“Saya menghargai bakat Mbappe tetapi saya salah seorang yang tidak mahu meletakkan tekanan di bahunya.”

“Messi bermain 60-70 perlawanan semusim. Dia selalu menjaringkan gol dalam perlawanan besar dan juga mencipta gol. Messi tidak pernah cedera panjang walaupun bermain setiap 3 hari, kerana dia mengawal badannya dengan baik.”

(Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

“Sebab itu, secara hipotesisnya saya tidak rasa Messi ada pengganti dan saya nak katakan yang kita kini ada pemain hebat yang baru iaitu Mbappe.”

“Biarkan Mbappe menikmati karier hebat beliau dan kita tengoklah nanti apa yang berlaku kepada beliau di masa hadapan.”

Pep Guardiola gembira dengan prestasi semasa Manchester City yang meningatkan beliau kepada ketika beliau mengendalikan skuad emas Barcelona satu ketika dahulu.

Manchester City akan berkunjung ke Watford pada Ahad ini. Dalam perlawanan EPL sebelum ini, City menang 5-0 ke atas Liverpool di Etihad.

Sumber

Goal – http://www.goal.com/en/news/nobody-can-sit-at-the-same-table-as-messi-guardiola-warns/1r4cs22cxzebv1r1gvmqbl2u5v

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN