Pep Guardiola berkongsi satu maklumat dengan para wartawan tentang VAR. Pastinya ramai kita sudah tahu akan VAR (Video Assistant Referee) . Ianya adalah sistem pengadilan dengan bantuan reviu video.
Sistem ini sudah digunakan di beberapa liga di dunia termasuk Serie A dan MLS. Ianya juga bakal digunakan dalam temasya Piala Dunia Rusia.
Sebelum ini, dalam kejohanan Piala Konfederasi, VAR sudah diimplementasi. Sepanjang penggunannya, VAR mendapat reaksi yang berbeza.
Ada beberapa keputusan dan pengadilan dikatakan menyusahkan dan penilaian pengadil adalah tidak konsisten. Di England, ujian penggunaan VAR ini sudah dilaksanakan dalam beberapa perlawanan piala domestik.
Beberapa kontroversi juga berlaku. EPL dalam rangka akhir untuk mengesahkan penggunaan VAR pada musim hadapan. Ianya mendapat tentangan daripada beberapa kelab besar.
Menurut Guardiola, 2 kelab ternama iaitu Manchester United dan Chelsea menentang idea ini. Manakala Manchester City menyokong penggunaan VAR pada musim hadapan.
“Rasanya Manchester City setuju dengan VAR tetapi bukan semua pasukan besar yang bersetuju. United dan Chelsea rasanya mereka tidak mahukan VAR ini.”
Adakah VAR akan diimplementasi dalam EPL pada musim hadapan? Badan pengadilan Liga Inggeris, PGMOL sebelum ini sudah menunjukkan sokongan mereka ke atas penggunaan VAR dan sudah menyiapkan staf dan pegawai mereka untuk menggunakan VAR.