Quantcast

BERITA

Guardiola Yakin Man City Mampu Lalui Hukuman Pergantungan Beli Pemain Oleh UEFA

Manchester City mempunyai skuad yang cukup bagus untuk mengharungi hukuman gantung pembelian pemain sekiranya UEFA menjatuhkan hukman tersebut.

Demikianlah keyakinan yang dinyatakan oleh pengurus pasukan, Pep Guardiola setelah spekulasi Manchester City telah melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP) berada di dalam siasatan UEFA.

Siasatan UEFA

Siasatan tersebut boleh menjurus kepada hukuman pergantungan pembelian pemain untuk juara Liga Inggeris itu.

Badan induk bola sepak eropah itu berkata Badan Kawalan Kewangan Kelab (CFCB) sedang menyiasat Manchester City selepas pendedahan oleh sebuah majalah Jerman, Der Spiegel.

Turut disenaraikan dalam penerbitan Der Spiegel adalah dokumen yang diperolehi dari Football Leaks.

Manchester City owner Sheikh Mansour bin Zayed bin Sultan Al Nahyan (third from right) waves from the stands prior to kick-off (Photo by Peter Byrne/PA Images via Getty Images)

Laporan tersebut berkata pemilik kelab, Sheikh Mansour mengaburi pelaburan beliau kepada kelab di dalam bentuk tajaan kepada syarikat Abu Dhabi.

Kenyataan rasmi dari City setakat ini mengalu-alukan agar siasatan dlakukan dengann segera untuk menamatkan segala spekulas kelab tersebut melanggar peraturan FFP.

Guardiola yakin

Bercakap kepada wartawan menjelang perlawanan suku akhir Piala FA menentang Swansea City pada hari ini, Guardiola mengakui tidak banyak yang beliau boleh lakukan untuk membantu situasi tersebut. Namun demikian beliau dan pemain-pemain sedia ada tetap fokus untuk menghasilkan keputusan positif untuk kelab.

“Saya bukan individu tepat untuk bercakap mengenai perkara ini. Pemilih [kelab] tidak pernah menghubungi saya untuk menjelaskan apa yang mereka sedang lakukan.

Guardiola

“Sudah tentu saya mengambil tahu mengenai apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak boleh bercakap mengenai perkara yang sama setiap hari. Apa yang akan terjadi kemudian, biarkan ia terjadi,” ujar beliau.

Ditanya mengenai kekuatan keseluruhan skuad untuk menghadapi kemungkinan hukuman oleh UEFA, Guardila berkata: Sudah tentu. [Skuad] Ia kini kelihatan bagus. Malah ia sangat bagus.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!