Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberitahu wartawan bahawa beliau mahukan seorang lagi bek tengah, namun ia sukar dilakukan buat masa ini.
Hal ini kerana, mereka sudah berbelanja terlalu besar untuk pertahanan. City sudah membelanjakan sekitar £120 juta untuk bek sisi sahaja, melibatkan pembelian Benjamin Mendy, Kyle Walker dan Danilo.
City turut membayar harga yang tinggi untuk Bernardo Silva dan Ederson.
Pep Guardiola dijangka akan melepaskan Mangala selepas ini. Guardiola gagal mendapatkan Bonucci yang memilih untuk tidak meninggalkan Itali. City kini dikaitkan dengan Virgil Van Dijk.
Namun Guardiola merasakan, tag harga Van Dijk tidak mampu dipenuhi oleh City kerana budget mereka tinggal sedikit sahaja lagi untuk perpindahan kali ini.
Baki duit yang ada dikatakan mungkin akan digunakan membida pemain serangan seperti Alexis Sanchez dan Kylian Mbappe.
Walaubagaimanapun Pep tetap gembira memiliki barisan pertahanan yang berkualiti. Beliau berkata:
“Saya gembira dengan adanya John (Stones), Vinny (Kompany) dan Nico (Otamendi). Kami tidak ada banyak duit lagi untuk dibelanjakan.”
“Kami berbelanja besar kerana kami kekurangan pemain berpengalaman. Jika ada peluang untuk mendapatkan beberapa pemain pertahanan, kami akan cuba.”
“Saya gembira dengan skuad musim lalu dan juga musim ini. Anda tidak mendengar pemain kami merungut. Kami cuma ada beberapa masalah di dalam kotak penalti.”
“Kami membeli pemain untuk menambahkan kekuatan pasukan ini.”