Guardiola Mahukan Piala Bukan Sekadar Layak Ke Final

Pep Guardiola

Semalam pendahulu liga Perdana Inggeris, Manchester City menewaskan Bristol City 3-2 dan mara ke perlawanan akhir Piala Carabao dengan agregat 5-3.

Mereka akan menentang Arsenal pada perlawanan akhir yang dijadualkan pada 25 Februari depan.

Perlawanan akhir di Wembley yang telah ditetapkan pada tarikh yang sama bermakna perlawanan Liga Perdana Inggeris diantara City menentang Arsenal yang jatuh pada hari yang sama akan dijadualkan semula.

“Kami semua amat gembira sampai ke final,” ujar Pep.

“Untuk setiap pemain terlibat, sampai ke perlawanan akhir, kami terlah bermain satu perlawanan hebat.

“Kami mendahului dengan dua gol dan selepas itu kami hilang kawalan, dalam perlawanan sebegini ia tidak pernha berkesudahana sehingga akhirnya, dan ia akan jadi satu pengajaran berguna untuk perlawanan Ahad depan di Cardiff dan terutamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah.

“Kami perlu bermain sehingga 90 minit penuh. Pada separuh masa pertama, kami terlepas banyak hantaran akhir dan kami boleh jadi lebih tajam, lebih tepat, tapi saya amat gembira untuk kami semua.

“Kami telah saksikan apa yang telah berlaku selepas kami mendahului dengan dua gol. Sudah tentu, kami tahu jika kami jaringkan lebih dua gol lagi, ia menjadi lebih mudah. Selepas itu, dengan satu atau dua minit berbaki pada kedudukan 2-2, apa sahaja boleh berlaku.

“Kejayaan ke final bukanlah tentang saya. Ia untuk Manchester City. Kami satu kelab yang cuba untuk mencapai tahap baru. Dengan Mancini, dengan Pellegrini mreka telah mencapai tahap tersebut, dan kami sedang mencuba satu tahap lagi.

“Apa yang paling penting buat saya ialah berjaya ke sana, terus berjuang dalam setiap perlawanan dan Ahad ini kami akan menentang Cardiff. Kami ingin layak seterusnya dalam Piala FA dan terus cuba berjuang dalam Liga Perdana Inggeris.” kata Guardiola seperti dipetik dalam laman web Manchester City.

FOTO: Manchester City Official Twitter

Guardiola juga mengakui yang ia semua adalah untuk keindahan bola sepak, pasukannya akan diukur dengan berapa banyak piala akan dirangkul, meskipun beliau mengakui seronok dengan apa yang dikecapinya kini.

“Saya tahu, kami telah memenangi banyak perlawanan, setiap hujung minggu kami amat gembira, dan semasa sesi-sesi latihan kami semua gembira.

“Apabila kami bersama-sama kami lebih gembira dan itu semua adalah milik kami, tiada siapa yang dapat merampasnya. Tapi sudah tentu, semua pasukan dinilai dengan piala-piala yang mereka menangi.

“Kami akan mencuba. Namun Chelsea dan Arsenal adalah dua pasukan kuat, dan apa sahaja boleh berlaku.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN