Guardiola Mahu Kekal Walaupun City Berdepan Penggantungan UCL

Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Sebelum ini pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengatakan beliau berkemungkinan akan dipecat sekiranya gagal membawa pulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) ke Stadium Etihad.

Penggantungan selama dua musim City ternyata memberikan kesan besar kepada misinya untuk menjulang kejuaraan tersebut buat kali pertama bersama pasukannya itu.

Bagaimanapun, BBC mendedahkan Guardiola dilaporkan telah bercakap kepada kenalan rapatnya bahawa beliau akan terus kekal bersama The Citizen untuk menghadapi ‘tempoh sukar’ kelab tersebut.

Sekiranya City gagal dalam rayuanya di mahkamah timbang tara, mereka tidak dibenarkan untuk beraksi dalam mana-mana kejohanan Eropah sehingga tahun 2022. Kontrak Guardiola bersama City pula akan tamat pada 2021.

Setakat ini jurulatih kelahiran Sepanyol itu masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu terbaharu ini dan media melaporkan beliau akan membuat kenyataan rasmi mengenainya pada Rabu.

Di dalam kontrak beliau, terdapat satu klausa yang membenarkan Guardiola untuk meninggalkan pasukan tersebut pada penghujung musim ini dan beberapa pihak menjangkan beliau akan mengaktifkan klausa berkenaan sekiranya City gagal dalam proses rayuan untuk mengetepikan hukuman penggantungan berkenaan.

Namun begitu, sumber terdekat berkenaan mengatakan jurulatih berusia 49 tahun itu tidak akan melakukannya dan akan terus memberikan komitmen kepada kelabnya itu.

https://twitter.com/socclab/status/1229384279790104577?s=20

Guardiola mungkin akan bercakap mengenai perkara tersebut secara terbuka selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United pada Rabu ini.

Perlawanan tersebut telah diatur semula selepas ditangguhkan akibat dari cuaca buruk pada 9 Februari lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN