Guardiola: Kane Rashford Mangsa Penjadualan Liga Yang Melampau

England kini bergelut untuk memastikan dua penyerang utama mereka, Marcus Rashford dan Harry Kane, benar benar cergas untuk Euro 2020.

Pengurus Man City, Pep Guardiola mengambil kesempatan mengkritik penjadualan musim bola sepak di England yang dianggapnya sebagai melampau dan gila.

Pep Guardiola percaya bahawa jadual perlawanan yang telah menghukum pemain ini dan membawa kepada kecederaan.

Ia juga menjadi kemungkinan besar yang menyumbang kepada kecederaan yang telah menimpa Harry Kane dan Marcus Rashford.

Minggu ini, penyerang Tottenham, Kane telah menjalani pembedahan pada kecederaan hamstring manakala, Marcus Rashford juga mengalami sedikit keretakan.

Dua penyerang itu berharap dapat kembali sebelum akhir musim untuk bermain di peringkat dan juga skuad kebangsaan England.

Rashford dijangka akan berehat sekurang-kurangnya enam minggu.

Guardiola berkata dia tidak terkejut melihat kelab dan negara yang menderita kerana senarai kecederaan yang banyak.

Ini kerana tuntutan oleh jadual liga yang terlalu padat untuk diisi oleh para pemain.

“Ia satu tamparan yang hebat untuk pasukan kebangsaan. Kane dan Rashford adalah pemain yang sangat penting untuk mereka. Diharapkan mereka dapat pulih dengan cepat.”

“Jumlah perlawanan sangat luar biasa banyaknya. Sekarang kita bercakap mengenainya kerana mereka [mengalami kecederaan].”

“Tetapi cuba lihat kembali senarai kecederaan yang dihadapi oleh Newcastle, dihadapi oleh kami telah, dan semua pasukan. Ianya seperti sudah normal.”

“Dengan jumlah perlawanan yang terlampau banyak, para pemain terkena impak yang teruk. Dan saya tidak terkejut, saya sangat simpati dengan mereka. Benda macam ni, pengurusan atasan tak boleh mengadu, kerana ianya ‘normal’ bagi mereka.”

“Sudah tentu harapan yang tinggi diletakkan. Mereka tiba di Euro, bermain dengan pasukan kebangsaan, dan mencuba yang terbaik, kemudian [kembali ke sini] — selepas tidak lebih daripada 20 hari, kerana aksi bola sepak mesti diteruskan.”

“Mereka tidak dapat mengekalkan kecergasan dan terjatuh. Ia terlalu banyak berlaku.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp juga pernah mengadu tentang bola sepak yang terlalu banyak di awal musim ini.

Guardiola mengatakan para pengurus di England sudah menyatakan kesepakatan pandangan tentang perkara itu, tetapi pihak berkuasa bola sepak England tidak berminat mendengarnya.

“Semua pengurus mengadu tentangnya dan mereka tidak peduli.”

“Sekarang ‘boxing day’ dah berakhir, musim pun bersambung, dan bersedia untuk musim yang seterusnya. Dan berterusan berlaku perkara sama, ada perlawanan setiap dua atau tiga hari lagi dan lagi. Pemain menderita.”

“Mereka [para pemain] mahu melakukan yang terbaik. Dan kelab ada banyak tekanan untuk menang atau layak ke Liga Juara-Juara. Kami berterusan memaksa diri dan terus memaksa diri. Badan pula, berkata berhenti, sudah cukup.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN