Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah diberikan £300 juta untuk merombak skuad Manchester City yang seda ada.
Beliau sudah pun membelanjakan sekitar £43 juta untuk Bernardo Silva yang dibeli dari juara Ligue 1 musim ini, Monaco.
Seterusnya, pengendali dari Sepanyol ini akan mulai mengalihkan perhatian kepada penggempur sensasi Arsenal, Alexis Sanchez yang menjadi pemain terbaik Arsenal musim ini.
Pembelian Sanchez tidak akan mengganggu masa depan Aguero. Ini kerana Pep Guardiola tetap mahukan pemain kebangsaan Argentina itu kekal di Etihad.
Untuk bek sisi, Guardiola sudah mengenal pasti 2 pemain dalam sasaran utama mereka iaitu Kyle Walker dari Spurs dan Benjamin Mendy dari Monaco.
Guardiola turut mensasarkan 2 bek tengah iaitu Leonardo Bounucci dan juga Virgil Van Dijk. Ini menguatkan lagi spekulasi, Otamendi sudah boleh berkira-kira untuk mencari kelab lain.
Dengan pemergian Willy Caballero, Guardiola dilaporkan mahu mendapatkan Ederson dari Benfica dengan rekod perpindahan dunia untuk penjaga gol.
Dikatakan Guardiola rela membayar penjaga gol itu dengan harga sekitar £34 juta sehingga £45juta. Guardiola juga mahu mejadikan Pickford ataupun Butland sebagai salah seorang daripada 3 penjaga gol mereka musim hadapan.
Di tengah, 2 nama dikaitkan dengan perancangan Guardiola iaitu Fabinho juga dari Monaco dan juga William Carvalho dari Sporting Lisbon.
Fabinho sebelum ini dikaitkan dengan Inter Milan, Manchester United dan juga Juventus.