Aksi cemerlang pemain muda Manchester City, Phil Foden yang menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya ‘makan besar’ dengan menang 5-0 ke atas Burnley ternyata menggembirakan pengurusnya, Pep Guardiola.
Dengan aksi yang matang dan begitu menyakinkan itu, Guardiola percaya pasukannya tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk mencari pengganti David Silva yang akan meninggalkan pasukan tidak lama lagi.
Kontrak pemain tengah Sepanyol itu akan berakhir pada musim panas ini selepas 10 tahun berkelana di Manchester dan Foden diyakini dapat menampung kekosongan yang akan ditinggalkan.
“Untuk posisi ini, apabila David [Silva] mengatakan kepada saya ini tahun terakhirnya, saya telah bercakap dengan lembaga pengarah yang kita sudah ada Phil [Foden], jadi kita tak perlu berbelanja lagi,” kata Guardiola.
Pep Guardiola:
— City Report (@cityreport_) June 22, 2020
"We don’t need to spend a pound to replace David Silva. We have Phil Foden on that position."
[@SkySportsPL via @HLNinEngeland] pic.twitter.com/UywNt4Y1hN
Dalam perlawanan awal pagi tadi, Foden menjaringkan gol pertama dan kelima untuk membuktikan beliau mampu menjadi salah seorang pemain berkelas dunia.
Menurut pemain berusia 20 tahun itu, ianya adalah persembahan terbaiknya sepanjang menyarung jersi City. Bagaimanapun Guardiola mendakwa ada beberapa perlawanan lain yang Foden turut beraksi dengan baik dan beliau jelas gembira dengan perkembangannya.
“Saya telah cakap banyak kali, apabila dia beraksi, tidak pernah lagi dia bermain dengan teruk. Dia memang suka bermain bola sepak. Pada hari cuti pun, dia akan bermain bola sepak dengan rakan-rakannya.
“Setiap kali dia beraksi, dia akan bermain dengan tahap yang tinggi walaupun usianya baru 20 tahun dan masih banyak yang dia boleh tingkatkan. Saya yakin dia akan menjadi pemain yang sangat penting buat kelab ini untuk tempoh sedekad ini.”
Phil Foden since the Premier League restart 👇
— GOAL Asia (@GOALasia) June 23, 2020
👕 2 appearances
🏃♂️ 104 minutes
⚽️ 3 goals
Manchester City already have their David Silva replacement. pic.twitter.com/NaXnnpgJbs
Mengenai David Silva, Guardiola berharap pemain paling berjaya dalam sejarah kelab itu akan diberikan majlis perpisahan yang sewajarnya apabila penyokong dibenarkan kembali ke stadium tidak lama lagi.
“Kami akan laksanakannya, apabila penyokong sudah boleh kembali ke stadium. Kami akan cuba pastikan tiada kerusi yang kosong di sini bagi meraikan pemergian legenda kelab ini seperti mana yang kami buat untuk Joe Hart, Vincent Kompany, Yaya Toure dan Pablo Zabaleta.”