Pep Guardiola tampil mempertahankan Bernardo Silva yang dikecam hebat kerana satu muat naik status di media sosial.
Segalanya bermula apabila, Bernardo Silva tampil dengan tweet yang menyamakan gambar Benjamin Mendy dengan watak itik dan berwarna gelap pada coklat Conguitos.
Tindakan itu mengundang amarah ramai pihak yang menuduh Bernardo Silva sebagai rasis. FA England turut meminta Premier League untuk menyiasat perkara itu.
Pertubuhan anti rasisme – Kick It Out menganggap tindakan Bernardo Silva sebagai menjurus dan menggalakkan kepada diskriminasi. Kick It Out menuntut tindakan tegas diambil kepada Bernardo.
Bernardo Silva kecewa dengan tuduhan itu. Kerana Benjamin Mendy sendiri memberikan reaksi yang ‘sempoi’ ke atasnya. Lalu Bernardo Silva memadamkan tweet itu dan menyatakan:
“Pada hari ini, nak bergurau dengan rakan-rakan pun tidak boleh. Kamu semua… [diikuti emoji tepuk dahi]”
Can’t even joke with a friend these days… You guys… 🤦🏻♂️
— Bernardo Silva (@BernardoCSilva) September 22, 2019
Pengurus Mancheser City menganggap tuduhan rasis ke atas Bernardo Silva itu sebagai tak berasas. Beliau menyatakan Bernardo Silva adalah orang yang paling disenangi di dalam pasukan.
“Jujur saya cakap, saya tidak tahu apa akan berlaku. Tetapi mereka [orang di luar] harus fokus kepada isu lain.”
“Mereka ini tak kenal pun individu yang sedang mereka kutuk. Bernardo adalah manusia yang paling disenangi yang pernah saya jumpa dalam hidup.”
“Bernardo mampu bercakap 4 atau 5 bahasa. Itu antara cara terbaik nak tahu betapa beliau sangat berfikiran terbuka dengan semua rakannya. Salah seorang rakan baiknya ialah Mendy.”
Pep Guardiola has launched a staunch defence of Bernardo Silva over his alleged racist tweet last weekend, saying the player is highly culturally aware and that he and Benjamin Mendy are as close as brothers @PAdugout @ManCity #MCFC pic.twitter.com/KmoB4DkFI9
— Rich McCarthy (@VJRichMcCarthy) September 24, 2019
“Mendy ibarat adik-beradik kepadanya, imej yang dimuat naik itu tiada kaitan dengan warna kulit. Beliau mengambil gambar Mendy masa kecil dan mengaitkannya dengan kartun. Ia nampak hampir sama dengan imej itu.”
“Ada banyak kali juga orang kulit putih disamakan dengan kartun. Reaksi Mendy jelas sekali menunjukkan mereka ini memang kuat bergurau sepanjang masa.”
Ada juga beberapa orang yang masih marah dengan Bernardo Silva memberikan amaran bahawa, apa sahaja berkaitan dengan warna kulit tidak seharusnya dibuat bahan jenaka.
Dan salah seorang pengguna twitter memuat naik satu lagi video lama memaparkan Bernardo Silva bergurau menyatakan, ada seorang rakan beliau tidak akan memakai baju ataupun berbogel.
Pada video tersebut Bernardo menanti Benjamin Mendy dan menyatakan, itulah orang yang tak pakai baju itu. Ia merujuk kepada Mendy yang memakai baju hitam, dan tak nampak seperti memakai baju.
Bernardo bergurau dengan Benjamin: “Ben, kenapa kamu tak pakai sebarang baju?”
Benjamin Mendy kelihatan agak janggal dan menjawab dengan senyuman.
When the topic is relentlessly about someones skin colour its no longer a joke. pic.twitter.com/Y90PSh5BRo
— BLACK PRINCE HARRY 🇸🇱🇳🇬 (@Alsoknownas_Nox) September 22, 2019
Namun ramai juga tampil mempertahankan Bernardo Silva yang hanya bergurau dengan Benjamin Mendy.