Guardiola Beritahu Dia Yang Arahkan Mahrez Ambil Penalti

Berlaku sedikit kontroversi di Anfield apabila Manchester City mendapat penalti minit ke-86.

Mahrez dan Gabriel Jesus dilihat ada sedikit berbalah mahu mengambilnya. Mahrez kemudiannya merembat liar bola itu. Sekaligus melepaskan peluang keemasan untuk menang di Anfield.

Riyad Mahrez tidak memiliki rekod yang meyakinkan untuk melakukan rutin itu. Penalti memiliki nama seperti David Silva di dalam padang.

Guardiola menyatakan awalnya memang Gabriel Jesus yang ditugaskan mengambilnya. Namun Guardiola memanggil Mendy untuk menyampaikan mesej beliau kepada pemain-pemain lain.

Guardiola mahu Mahrez mengambilnya menggantikan Jesus.

Guardiola memberikan arahan itu kerana yakin Mahrez akan menyempurnakannya kerana pemain itu menunjukkan aksi penalti beliau ketika di pusat latihan.

“Saya berada di pusat latihan, saya melihat dia setiap hari. Dia berlatih mengambil sepakan penalti dan itu memberikan saya keyakinan ke atas beliau.”

“Ia akan menjadi pengalaman yang bermakna untuk beliau. Selepas ini, beliau akan menyempurnakannya.”

“Mahrez ada keazaman untuk mengambil sepakan penalti. Dalam sesi latihan, sepakan penalti beliau sempurna.”

“Ianya kadangkala berlaku (dalam bola sepak), akhirnya itulah yang berlaku.”

Untuk pemain yang sudah mengambil sekurang-kurangnya 10 penalti dalam EPL, hanya Juan Pablo Angel memiliki ratio penyempurnaan yang lebih rendah.

Angel hanya menjaringkan 5 gol daripada 10 penalti. Manakala Mahrez kini hanya 7 daripada 12 cubaan penalti.

Manchester City, Chelsea dan Liverpool kini berkongsi 20 mata di tangga teratas. 3 pasukan tersebut masih belum kalah lagi musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN