Pep Guardiola menuduh VAR telah menafikan 3 mata mereka dalam aksi menentang Spurs semalam. Gol ke-3 pada masa kecederaan Manchester City telah dibatalkan oleh VAR.
Situasi ini mengingatkan kita kembali kepada aksi UCL musim lalu, di mana Manchester City disingkirkan Spurs di suku akhir kerana VAR menarik balik gol Raheem Sterling.
Dan semalam mereka dinafikan 3 mata selepas tinjauan semula menerusi VAR. Pep Guardiola jelas bengang dengan keadaan itu dan meminta agar VAR diperbaiki.
“Deja vu. Saya fikir, kami akan tinggalkan drama VAR itu dalam aksi menentang Tottenham ketika UCL musim lalu. Namun ianya tetap sama. Pengadil dan VAR menafikan gol itu. Ini kali kedua ianya berlaku.”
“Secara jujurnya, ianya sukar diterima, namun itu adalah bagaimana ia berlaku.”
“Mereka harus perbaikinya. Wisel dalam perlawanan kini jadi kurang jelas. Namun mereka percaya itu terkena tangan. Kadangkala tidak pula, misalnya melibatkan Llorente di di Liga Juara-Juara Eropah. Tetapi ‘handball’ pula untuk Aymeric Laporte.”
Pep Guardiola on VAR:
"[The inconsistency] is disappointing. Why is it not hands with Llorente last season and Laporte's is hands. They don't explain. Go to London and ask the managers if it will lever be consistent. It's a pity." pic.twitter.com/gkR9TGTNRD
— City Report (@cityreport_) August 17, 2019
“Ianya luar biasa kerana tiada penalti diberikan pada separuh masa pertama ketika Erik Lamela mengasari Rodri. VAR pula katakan itu bukan penalti. Dan kemudiannya, VAR tidak mengesahkan jaringan Jesus.”
Guardiola menyatakan mungkin ketika itu, VAR sedang minum kopi dan terlepas insiden itu.
🗣️ | "VAR was taking a coffee in that moment" ☕😂
Pep Guardiola gives his take on the Rodri penalty incident in the first half. #MCITOT pic.twitter.com/F9jdyZrzxT
— Manchester City News (@ManCityMEN) August 17, 2019
Guardiola turut mengambil contoh beberapa perlawanan lain termasuk aksi Piala Super Eropah melibatkan Chelsea dan Liverpool. Guardiola menuntut konsitensi dalam VAR.
“Di Wolves, ianya terkena tangan, manakala tidak ‘handball’ ketika Andreas Christense menentang Liverpool.”
“Dan penjaga gol seharusnya berada atas garisan ketika penalti, namun penalti terakhir, Adrian tidak berada di atas garisan.”
“Selalu sahaja terjadi situasi seperti ini, jadi, apa semua ini? Kita terima sahaja.”
Agak ironi kerana sebelum perlawanan, Pep Guardiola menjelaskan bagaimana VAR akan memberikan kelebihan kepada Manchester City, kerana mereka banyak berada di kawasan kotak penalti lawan.
Ia secara tak langsung akan membolehkan mereka mendapat lebih tinggi kebarangkalian mendapat kelebihan seperti dihadiahkan penalti. Sebelum sepak mula menentang Spurs, Guardiola berkata:
“Kita sudah lihat daripada minit pertama di final UCL, dengan penalti hanya diberikan dalam masa beberapa saat.”
Pep merujuk kepada sistem VAR kini semain efisien dan cekap dari segi tempoh masa diambil untuk membuat keputusan.
Guardiola menambah lagi: “Namun ini bukan satu-satunya persoalan untuk VAR. Semakin banyak kamu menyerang, semakin tinggi peluang perkara seperti ini berlaku, dan jaringan dihasilkan.”
“Serius saya rasakan, ini adalah berkaitan kemungkinan. Semakin banyak kita menyerang, semakin banyak bola kita gerakan jauh dari kawasan kita. Jadi, secara logiknya, ada alasan lebih banyak untuk kita menang berbanding dengan kalah.”
“Saya suka pasukan saya berada di kawasan lawan. Saya rasa lebih selamat.”
“VAR pernah melukakan kami musim lalu di UCL. Ia boleh mengubah arah angin pada kapal layar anda apabila anda meraikan gol, dan ianya ditarik balik.”
https://twitter.com/Nigerianscamsss/status/1162792708777414658
“Namun ia akan memberikan impak berbeza jika keputusan memihak kepada anda.”
“Aksi terbaik dalam bola sepak adalah langkah seterusnya. Kamu tidak boleh hanya hidup pada masa hari ini, kamu harus bersedia untuk langkah seterusnya.”
“VAR adalah contoh terbaik kepada semua ini. Saya berharap ia akan memberikan keadilan kepada permainan. Jika ada yang tidak dapat menerima VAR, lebih baik kita mansuhkan ia serta merta.”