Guardiola: “Jika Di Bayern Atau Barca, Saya Sudah Dipecat Kerana Prestasi Sebegini”

Pep Guardiola memberitahu wartawan dalam sidang media beliau bahawa, beliau sudah kehilangan jawatan sekiranya berada di Bayern Munich dan Barcelona dengan prestasi semasa.

Beliau berkata:

“Di Barcelona, 6 bulan tanpa menang apa-apa, anda akan ditunjuk jalan keluar.”

“Bayern Munich pun tidak jauh bezanya dengan Barcelona. Mereka sangat sukar memberikan anda peluang kedua, meskipun anda baru berada di sana satu musim.”

“Berbeza di sini, di City mereka memberikan saya peluang kedua dan saya akan cuba menggunakan peluang itu untuk membuktikan sesuatu.”

“Saya akui, prestasi saya sekarang ini berhak untuk dipecat jika berada di kelab besar.”

Manchester City akan sah beraksi sekurang-kurangnya di pusingan kelayakan UCL musim hadapan jika mereka menewaskan WBA pada perlawanan tengah minggu ini dan pada masa yang sama Arsenal keciciran mata menentang Sunderland.

Guardiola mengakui pasukan beliau bergelut musim ini untuk berada di 4 teratas dan berjanji keadaan ini akan diperbaiki pada musim hadapan.

Guardiola gagal untuk memenangi sebarang trofi dalam musim pertama buat pertama kali dalam karier beliau. City tersingkir di separuh akhir Piala FA dan juga tersingkir di pusingan kalah mati UCL.

Beliau pernah memenangi treble pada musim pertama beliau di Barca dengan menjuarai La Liga, Copa del Rey dan UCL.

Beliau turut memenangi Bundesliga dan DFB Pokal pada musim pertama di Bayern Munich.

Guardiola tidak bersetuju dengan kenyataan Arsene Wenger yang menganggap selain daripada pasukan yang berebut 4 teratas, pasukan lain sudah ‘cuti’ dan pemain-pemain mereka sudah tidak memberikan 100%.

Wenger berpendapat, mood cuti ini akan memudahkan City dan Liverpool untuk menang baki perlawanan mereka.

Menurut Guardiola, semua pasukan mahu menutup musim dengan keputusan terbaik. Lihat sahaja aksi Watford ketika menentang Chelsea. Mereka menentang habis-habisan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN