Guardiola Anggap Tottenham, Man Utd & Chelsea Masih Pesaing Utama Kejuaraan EPL

Pep Guardiola menganggap Tottenham Hotspur, Chelsea dan Manchester United masih kekal sebagai pesaing untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dan persaingan pada musim ini tidak hanya tertumpu kepada Manchestern City dan Liverpool sahaja.

Pendahulu liga, Liverpool tercicir mata dalam dua perlawanan berturut-turut setelah seri 1-1 menentang West Ham sekaligus bermakna City hanya ketinggalan tiga mata di belakang. Totenham pula mengikuti rapat di belakang City dengan perbezaan dua mata.

Pasukan tempat ketiga, Chelsea pula berada 12 mata di belakang Liverpool dan Manchester United yang menang tujuh dari lapan perlawanan sejak Ole Gunnar Solskjaer mengambil alih dari Jose Mourinho dibezakan dua mata dengan kedudukan empat teratas liga.

(Photo by Matt McNulty – Manchester City/Man City via Getty Images)

Saingan masih terbuka

Tatkala saingan kembali terbuka, Pep Guardiola enggan mengambil mudah cabaran dari semua pasukan.

“Saya tidak pernah berkata Tottenham tidak akan bersaing, begitu juga Chelsea,” ujar Guardiola pada Selasa lalu. “Saya tidak pernah menafikan peluang semua lima atau enam pasukan yang masih bersaing.

“Manchester United kini merekodkan deretan kemenangan setiap minggu, dan akan kembali untuk bersaing merebut kejuaraan.

“Chelsea juga akan tampil sebagai pesaing utama jika mampu mencatatkan deretan kemenangan selepas ini. Ini bermakna semia pasukan masih bersaing. Jarak di antara semua pasukan masih dianggap rapat.

“Masih ada 39 mata untuk direbut. Apabila anda berada sembilan atau 10 mata di belakang, ia masih lagi jarak mata yang tidak jauh. Apa yang saya lihat di saingan pada hari ini, semua kelab bersedia untuk meraih sebanyak mungkin mata.”

Manchester City perlu tenang

Juara bertahan Manchester City dikejutkan oleh Newcastle pada Selasa lalu untuk memberi peluang kepada Liverpool melebarkan jarak kepada tujuh mata di puncak liga. Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila skuad kendalian Jurgen Klopp diikat oleh Leicester selepas itu, sebelum sekali lagi tercicir dua mata menentang West Ham.

Manchester City yang mudah menewaskan Arsenal sebelum ini, kini berpeluang memadam kelebihan yang dimiliki oleh Liverpool sekiranya menewaskan Everton pada pagi nanti.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

“Tiga atau empat hari lalu, cabaran kami seperti sudah berakhir,” tambah Guardiola.

“Liverpool seolah-olah sudah dinobatkan sebagai juara pada ketika itu, dan kini tiba-tiba kami kembali menjadi pilihan. Mungkin dalam tempoh tiga hari seterusnya, kami akan mendahului dengan kelebihan tujuh mata atau sebaliknya.

“Dalam situasi ini, kami cuba untuk bertenang. Akan ada banyak kejutan dan ianya amat sukar untuk semua pasukan menang semua perlawanan. Ini kerana mana-mana pasukan mampu memberi masalah, walaupun tidak bersaing untuk kejuaran,” jelas Guardiola lagi.

Teori Guardiola

Teori oleh Guardiola mungkin ada asasnya. Pada musim 1997/98, Manchester United dipintas oleh Arsenal untuk kejuaraan liga walaupun sebelum itu pernah memiliki kelebihan 12 mata.

Newcastle United pada musim 1995/96 turut kehilangan kelebihan 17 mata apabila dipintas oleh Manchester United ketika saingan masih berbaki 15 perlawanan.

Mampukah Liverpool menamatkan penantian mereka selama 29 tahun untuk bergelar jaura liga berbaki

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN