Guangzhou Evergrande mengesahkan yang Barcelona melakukan bidaan rasmi untuk pemain tengah mereka Paulinho. Namun kelab CSL tersebut menolak bidaan tersebut.
Ernesto Valverde masih lagi mencari rekrut baru untuk kelab beliau. Beberapa minggu lalu, Scolari memberitahu yang beliau tidak akan melayan bidaan dari Barcelona kecuali kelab Catalan tersebut membayar €40 juta untuk Paulinho.
Angka yang diminta Scolari itu adalah klausa perlepasan yang terselit di dalam kontrak Paulinho. Paulinho sah menandatangani kontrak baru sehingga 2020 pada Januari lalu.
Tidak lama selepas itu, giliran Paulinho pula memberitahu media bahawa Barcelona menghubungi wakil beliau untuk potensi perpindahan ke Camp Nou.
Namun pemain antarabangsa Brazil ini menolak perpindahan yang disifatkan beliau sebagai perpindahan impian. Ini kerana Paulinho dan isterinya selesa dengan kehidupan di China.
Beberapa jam yang lalu, Guangzhou Evergrande membuat kenyataan media rasmi tentang bidaan Barcelona ke atas Paulinho telah ditolak oleh mereka.
Berikut adalah kenyataan rasmi Guangzhou Evergrande:
“Paulinho sudah menandatangani kontrak baru pada Januari 2017, ini merupakan salah satu perkara penting dalam kelab kami untuk jangka masa panjang.”
“Walaubagaimanapun, kelab kami telah memberikan jawapan balas rasmi kepada Barcelona menyatakan yang kami menolak bidaan yang mereka buat untuk Paulinho.”
“Kami juga ingin menzahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada Barcelona. Kelab kami dan para pemain kami sangat mengagumi Barcelona.”
Sumber:
FourFourTwo – https://www.fourfourtwo.com/news/barcelonas-paulinho-bid-rejected-guangzhou-rule-out-transfer