Guangzhou Evergrande Tawar Jawatan Kosong Untuk Carlo Ancelotti

Bekas pengurus Real Madrid yang baru dipecat daripada Bayern Munich, Carlo Ancelotti telah dirisik oleh juara Liga Super China 2017, Guangzhou Evergrande.

Jurulatih yang berasal dari Italy itu dikatakan dalam proses rundingan akhir untuk bersama kelab itu bagi menggantikan Luiz Felipe Scolari yang tidak melanjutkan kontrak.

Menurut akhbar dari China, The Nanfang Daily, Ancelotti semakin hampir mencapai persetujuan untuk menyertai kelab itu.

Kelab terkaya dari China, Guangzhou Evergrande baru sahaja merangkul kejuaraan Liga Super China buat kali ketujuh selepas mencatat kemenangan ke atas pasukan Guizhou Hengfeng Zhicheng 5-1 pada hari ahad lepas.

Namun begitu, Ketua Jurulatih  mereka, Luiz Felipe Scolari telah tamat kontrak dan memilih untuk meninggalkan China.

 

Scolari meraikan kejuaraan Liga Super China bersama pemain dan staff Guangzhou Evergrande

Minggu lepas, Persatuan Bolasepak China memutuskan untuk menggantung bekas pengurus Chelsea dan Portugal itu 3 perlawanan pada hari jumaat lalu selepas beliau diarahkan oleh pengadil meninggalkan bangku simpanan ketika perlawanan menentang Yanbian Funde dimana pasukannya mencatat kemenangan dramatik 4-3.

Jurulatih kelahiran Brazil itu turut membawa Guangzhou Evergrande menjuarai Piala FA dan AFC Champions League pada tahun 2015.

Selain Guangzhou Evergrande, Ancelotti turut berada dalam radar kelab Liga Perdana Inggeris, Everton bagi menggantikan Ronald Koeman yang dipecat selepas aksi hambar Everton setakat ini. Koeman mengikut jejak langkah rakan senegaranya, Frank De Boer untuk dipecat awal.

Musim lalu Koeman antara pengurus yang disenaraikan oleh Barcelona sebagai salah seorang calon untuk menggantikan Luis Enrique.

Koeman membelanjakan sekitar £149 juta pada pra musim yang lalu dengan membawa masuk Gylfi Sigurdsson, Jordan Pickford, Michael Keane dan Davy Klaassen.

Koeman menjual Lukaku tetapi gagal untuk mendapatkan pembeli untuk Ross Barkley yang semakin menuju kepada peraturan ejen bebas dalam perpindahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN