Griezmann Tolak Tawaran Barcelona Kerana Enggan Bermain Bersama Messi

Bintang Perancis, Antoine Griezmann mendedahkan sebab-sebab beliau menolak tawaran lumayan untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Antara sebabnya ialah keperluan bermain sebagai pemain sokongan buat Lionel Messi di Barcelona merupakan faktor untuknya kekal bersama Atletico Madrid.

Griezmann telah dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp sebelum Piala Dunia dan ramai penyokong Barca teruja untuk menyaksikan pemain kebangsaan Perancis itu beraksi bersama-sama Messi.

Penyerang itu hampir memeterai penghijrahannya sebelum melakukan pusingan U dan menetapkan masa depannya bersama Atleti dengan menandatangani kontrak sehingga Jun 2023.

Bercakap kepada Canal Plus, Griezmann mengakui menolak tawaran Barca adalah sukar tetapi menaburkan kesetiaannya kepada Atletico selepas sokongan yang diterima daripada seluruh warga kelab itu.

“Sukar untuk menolak Barca? Semestinya. Barca mahukan saya, menghubungi serta kerap memberikan pesanan kepada saya,” katanya.

“Tetapi melihat kepada Atletico, mereka telah membentuk saya menjadi seorang pemain yang berkualiti dan tonggak utama kepada pasukan ini.

“Beraksi sebagai pemain sokongan Messi turut menjadi sebahagian daripada keputusan saya menolak Barcelona.

“Rakan-rakan sepasukan Atletico telah melakukan segala-galanya, berbincang dengan saya, kelab turut meningkatkan lagi gaji saya.

“Mereka telah melakukan segala-galanya untuk membuat saya berasa seperti di rumah dan saya mengambil keputusan untuk terus bersama pasukan ini,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN