Griezmann Tiada Pra-Kontrak Dengan Barcelona, PSG Mulakan Langkah Pemburuan

Antoine Griezmann sah akan meninggalkan Atletico Madrid pada akhir musim ini. Beberapa laporan menyatakan Antoine Griezmann akan menyertai Barcelona.

Namun sebenarnya, Griezmann tiada sebarang pra-kontrak mahupun sebarang perjanjian sama ada verbal ataupun bertulis dengan Barcelona.

Atletico dan Griezmann dikatakan mencapai persetujuan untuk berpisah kerana ianya masa yang sangat sesuai dan memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak.

Untuk Griezmann beliau boleh pergi ke kelab lain pada usia yang masih ‘peak’. Ini bermakna Griezmann masih ada nilai di pasaran dan memberikan pulangan kepada Atletico.

Selain itu, Atletico boleh mendapat manfaat daripada klausa pelepasan yang ada pada Griezmann.

Barcelona memang tidak dinafikan berminat dengan Griezmann. Namun mereka sudah berbelanja dengan nilai lebih €100 juta untuk seorang pemain dalam 2 perpindahan melibatkan Dembele dan Coutinho.

Adakah Barcelona bakal membelanjakan angka lebih €100 juta sekali lagi? Terdapat juga desas-desus menyatakan Barcelona mahu melepaskan Coutinho dengan nilai €100 juta bagi mendapatkan Antoine Griezmann.

Apa yang pasti, menurut koresponden Gerrard Romano daripada RAC1 – situasi Griezmann kini yang sah tiada pra kontrak dengan Barcelona membuatkan PSG memulakan langkah untuk memburu pemain itu.

Selain daripada PSG, beberapa kelab EPL juga berminat untuk mendapatkan Griezmann. Laporan oleh AS menyebut, PSG mungkin akan melepaskan Neymar jika Griezmann menyertai mereka.

Neymar kini menjadi sasaran Real Madrid dan juga sentiasa dipantau oleh kelab lamanya Barcelona. Neymar sebelum ini beberapa kali memberikan bayangan mungkin akan mencari cabaran lebih kuat di luar Perancis.

Situasi agak menarik kerana Real Madrid dilaporkan akan mengumumkan kedatangan Eden Hazard selepas final UEL.

Mungkin juga Griezmann akan bergandingan dengan Neymar dan Mbappe. Beberapa minggu lalu Edinson Cavani memberitahu keterbukaan beliau untuk merasai cabaran baharu.

Ke manakah destinasi Griezmann yang seterusnya? Adakah Barcelona akan terus memburu pemain ini? Yang telah menjadi sasaran utama mereka sejak era Luis Enrique.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN