Antoine Griezmann tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau kerana tidak memenangi Ballon d’Or pada 2018. Beliau sebelum ini optimis akan menjadi pemenang pertama dari Perancis selepas Zinedine Zidane.
Di dalam kekecewaannya, Antoine Griezmann turut berbangga berada di atas podium sebagai 3 teratas.
Kemenangan milik Luka Modric yang membantu Real Madrid menjuarai UCL serta membantu Croatia menjadi naib juara Piala Dunia. Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua dengan 1 kejuaraan UCL. Sementara itu Griezmann yang merupakan juara dunia dan UEL hanya mampu berada di tangga ke-3.
Ballon D'Or 2018 – Top 5:
1st: Luka Modric (Real Madrid) | 753 pts
2nd: Cristiano Ronaldo (Juventus) | 478 pts
3rd: Antoine Griezmann (Atletico Madrid) | 414 pts
4th: Kylian Mbappé (PSG) | 347 pts
5th: Lionel Messi (FC Barcelona) | 280 ptshttps://t.co/6L4GVZKuoL— Get French Football News (@GFFN) December 3, 2018
Beliau menjadi watak penting untuk Atletico dan Perancis sepanjang kempen tersebut untuk membantu pasukannya memenangi UEL dan Piala Dunia. Griezmann menganggap nama beliau telah terlepas dari pandangan.
“Selepas saya tahu keputusannya, kamu jangan berani dekati saya untuk 2 hari ini,” kata Griezmann sambil berseloroh.”
Namun begitu beliau tetap berbangga meraikan malam tersebut bersama pemain-pemain lain dan juga berjaya berada di atas podium. Griezmann berkata: “Ianya satu kebanggaan untuk berada di atas podium sebagai juara dunia.”
“Saya berharap rakan-rakan sepasukan saya di kelab dan pasukan kebangsaan akan dapat membantu saya untuk berada di tempat Luka Modric selepas ini.”
“Saya menjuarai Europa League dan Piala Dunia. Jadi, apa lagi yang harus saya lakukan untuk melayakkan saya memenangi Ballon d’Or. Saya tidak tahu.”
“Saya sedih kerana bukan pemain Perancis yang memenanginya. Mungkin UCL lebih penting daripada Piala Dunia.”
Sementara itu rakan senegara Griezmann – Kylian Mbappe – tidak berada dalam senarai 3 teratas. Mbappe yang awalnya diletakkan antara calon pilihan hanya berada di tangga ke-4.
Walaubagaimanapun Mbappe membawa pulang Anugerah Kopa yang menobatkan pemain B-21 terbaik. Berbeza dengan Griezmann, beliau lebih terbuka dalam menerima keputusan gagal memenangi Ballon d’Or.