Griezmann Pilih Kekal, Tidak Akan Menyertai Manchester United

Akhbar dari UK melaporkan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United sanggup memenuhi klausa pembelian semula 100 juta euro (RM484 juta) bagi mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Namun begitu, apabila rayuan Atletico terhadap penggantungan pembelian pemain ditolak pada bulan Jun lepas, Griezmann bersetuju untuk kekal dengan pasukannya.

Griezmann mengakui pada ketika itu, adalah sesuatu yang “keji” untuk meninggalkan Atletico apabila mereka tidak boleh menggantikannya apatah lagi kelab itu yang membawanya ke kelompok elit bola sepak Eropah selepas membelinya dari Real Sociedad pada tahun 2014.

“Sejak beberapa bulan nama saya dikaitkan dengan Manchester United,” kata Griezmann dalam autobiografi miliknya ‘Behind the Smile’.

“Akhbar Inggeris berkata mereka sanggup membayar EUR100 juta (RM484 juta), iaitu klausa pelepasan saya.

“Saya tidak akan membuang masa menafikannya. Tidak kira berapa kali saya ulangi yang saya gembira di Atletico, yang saya ada jurulatih hebat dan rakan yang hebat, mereka asyik bertanya mengenai masa depan saya.”

Antoine Griezmann juga berharap untuk kembali menghidupkan peluang tipis Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, pentas berkenaan juga tersedia buat pemain Perancis itu menampilkan bakatnya kepada kelab Liga Perdana Inggeris yang berminat.

Atletico perlu menewaskan Chelsea di London, awal pagi Rabu ini dan berharap Roma tidak menewaskan pendatang baharu Liga Juara-Juara, Qarabag di ibu kota Itali jika mereka mahu layak ke kelompok 16 terakhir buat kali kelima berturut-turut.

Ancaman kewangan sekiranya tersingkir awal akan dihadapi Atletico, yang baharu berpindah ke stadium baharu bernilai 310 juta euro (RM1.502 bilion), Wanda Metropolitano awal musim ini, boleh memberi ruang buat Griezmann berhijrah dari ibu kota Sepanyol itu.

Namun, jika tidak demi setianya kepada Atletico terutama jurulatih Diego Simeone, Griezmann sudah boleh keluar pada musim panas lalu.

Selain Manchester United, beberap kelab lain juga tampak sanggup memenuhi klausa pembelian semula 100 juta euro (RM484 juta),

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN