Griezmann Mohon Maaf Kepada Penyokong Atletico Madrid Atas Isu Perpindahan Ke Man United

Nampaknya segala spekulasi telah pun ditamatkan.

Antoine Griezmann telah mengesahkan kekalnya beliau di Atletico Madrid apabila menandatangani kontrak baharu untuk membolehkan beliau kekal sehingga tahun 2022.

Beliau juga telah mengambil kesempatan dengan membuat permohonan maaf kepada para penyokong Atletico Madrid diatas apa yang dilakukan beliau.

“Perkara pertama yang saya ingin lakukan adalah memohon maaf kepada mereka yang tidak faham dengan kenyataan saya.”

“Mungkin saya yang tersalah melakukan ekspresi dan mungkin ada yang sengaja mengadakan cerita yang tidak ada.”

“Tapi sejak saya tiba di sini, saya telah berikan segalanya kepada kelab, rakan-rakan dan barisan kejurulatihan di sini.”

“Saya cukup gembira untuk bermain beberapa lagi musim bersama anda semua.”

“Saya akan pastikan saya akan berikan yang terbaik ketika di padang untuk anda semua seperti biasa.”

“Ketika ini, saya akan berehat untuk beberapa hari sebelum kembali bersama pasukan untuk menghadapi pra-musim di Los Angeles.”

Sebelum ini, Griezmann memberikan kenyataan di sebuah rancangan TV di Perancis dengan mengatakan kebarangkalian beliau akan berpindah ke Manchester United adalah 6/10.

Namun segalanya telah berakhir dan beliau akan setia kekal di Atletico Madrid!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN