Griezmann: “Saya Menunggu Penuh Harapan, Akhirnya Mereka Pilih Sanogo”

Antoine Griezmann mendedahkan di dalam buku autobiografi beliau, bahawa beliau menolak banyak tawaran daripada kelab besar lain pada 2013 hanya kerana mahu menunggu tawaran  rasmi dari Arsenal.

Griezmann dalam buku beliau Behind The Smile memberitahu, ejen beliau Eric Olhats telah dihubungi oleh pihak Arsenal dan meminta mereka menolak semua tawaran kelab lain kerana Arsenal akan datang kepada Griezmann.

Pemantau bakat Arsenal, Gilles Grimandi berjanji kepada Griezmann yang Wenger sangat mahukan pemain tersebut. Namun malangnya sehingga ke ‘deadline day’ mereka tidak mendapat tawaran.

Dan pada hari deadline day, ejen beliau dimaklumkan Arsenal tidak akan melakukan sebarang bidaan.

“Saya menunggu, menunggu dan terus menunggu, masih tiada khabar berita. Grimandi memberitahu Eric yang pengurus Arsenal masih berminat dengan saya dan minta saya menunggu sedikit masa lagi.”

“Akhirnya, beberapa jam sebelum jendela perpindahan ditutup, Grimandi memaklumkan kepada kami yang Arsenal tidak akan melakukan perpindahan tersebut.”

“Saya paling tak suka apabila orang memberitahu dan meyakinkan saya benda yang akhirnya tak berlaku.”

Pada ketika itu, Arsenal telah memuktamadkan perjanjian pemain penyerang muda Perancis, Yaya Sanogo yang rupa-rupanya menjadi keutamaan Arsenal. Sanogo menyertai Arsenal secara percuma.

Itulah sebab Griezmann diarahkan untuk tunggu dulu.

Dalam jendela perpindahan yang sama, Arsenal berjaya mendapatkan pemain perancang Mesut Ozil dari Real Madrid.

Griezmann juga dimaklumkan oleh Eric bahawa Arsenal pernah datang sekali lagi untuk mendapatkan khidmat beliau, namun Griezmann meminta tawaran itu ditolak selepas apa yang dilakukan Arsenal kepada mereka berdua.

Arsenal mahu aspek scouting diperbaiki

Arsenal telah menggariskan isu ini pada musim ini. Hal ini kerana terlalu banyak kesilapan di dalam perpindahan berprofail tinggi yang mereka lakukan.

Arsenal baru sahaja melantik bekas pengarah bola sepak Barcelona, Raul Sanllehi dan Sven Mislintat sebagai ketua pemantau bakat yang baru.

Arsene Wenger juga baru-baru ini mengkritik pemantau bakat mereka sebelum ini yang gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Apabila anda menyebut Mbappe, kami seharusnya menandatangani beliau sebelum ini. Ini perkara yang kami harus perbaiki.”

“Griezmann dan Kante adalah pemain yang kami ada peluang terbaik untuk tandatangani mereka tetapi kami melepaskan peluang itu. Ianya bukan kerana masalah dasar dana yang ketat, tetapi kerana kami tak bertindak cepat.”

“Itulah perkara yang harus kami perbaiki. Kami harus menandatangani pemain muda sebelum mereka menjadi bintang. Ini kerana, apabila mereka sudah menjadi bintang, banyak kelab lain yang akan mahukan mereka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN