Griezmann ‘Kantoi’ Mengelak Dari Ucapkan Tahniah Kepada Varane Yang Baru Menang UCL

Skuad Perancis kini sedang bersama-sama dalam persiapan untuk siri perlawanan antarabangsa mereka ketika ini.

Dan bagi pemenang UEFA Champions League bersama Real Madrid iaitu Raphael Varane, beliau diberi rehat lebih lama sebelum melapor diri kepada skuad kebangsaan.

Kehadiran beliau ke untuk menyertai skuad kebangsaan nyata disambut oleh rakan sepasukan dan pegawai pasukan.

Rakan sepasukan seperti Paul Pogba dan Laurent Koscielny antara yang bersalam dan memberikan ucapan tahniah kepada Varane yang memenangi gelaran Eropah ketiga bersama gergasi Sepanyol itu.

Namun dalam ramai-ramai orang, hanya seorang sahaja pemain yang tidak mengucapkan tahniah kepada Varane.

Pemain tersebut adalah pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Griezmann mengelak Varane dari bersalam dan berinteraksi dengan pemain Real Madrid itu dalam video yang disiarkan oleh pihak Perancis FA (FFF).

Perkara itu semakin jelas apabila ketika sesi taklimat bersama jurulatih Perancis Didier Deschamps, jurulatih itu meminta kesemua pemain skuad Perancis untuk memberikan satu tepukan gemuruh kepada Varane diatas kejayaan terbaharu beliau.

Sekali lagi, Griezmann menjadi satu-satunya pemain yang tidak ikut serta menepuk tangan ketika itu.

https://twitter.com/HaIaRonaldo/status/872134785929445376

Oleh kerana dikecam teruk, Griezmann muncul di Twitter memberikan respon.

“Apa lagi lepas ni?”

Adakah Griezmann masih terluka kerana pasukannya tewas ditangan Real Madrid di kejohanan Eropah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN