Griezmann Dedahkan Sekatan Perpindahan Punca Mengapa Beliau Kekal Di Atletico Madrid

Keputusan Antoine Griezmann untuk kekal di Atletico Madrid nyata merupakan keputusan popular bagi peminat mereka.

Hal ini kerana, beliau dianggap sebagai antara pemain yang cukup disayangi para peminat kelab tersebut.

Sudah pastinya mereka mahukan pemain tersebut untuk kekal di Atletico Madrid seberapa lamanya, tetapi mahukah beliau?

Griezmann mendedahkan yang disebalik keputusan beliau untuk kekal di Atletico Madrid adalah kerana keputusan yang menimpa kelab itu.

Keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan telah membuat keputusan untuk memberikan sekatan perpindahan kepada Atletico Madrid.

Oleh kerana itulah telah menarik Griezmann untuk kekal di kelab itu dan menerima lanjutan kontrak dari kelab.

“Saya mengaku keputusan sekatan perpindahan ini merupakan punca utama saya kekal di sini.”

“Saya berbincang dengan Diego Simeone mengenai perkara ini, dari kemahuan beliau mahukan saya di sini dan pilihan terhad yang kami ada telah buatkan saya untuk kekal di sini.”

Bagi Griezmann, layanan yang beliau terima di Atletico Madrid sangat baik dan beliau terhutang budi dengannya.

“Saya punya rasa hormat yang tinggi terhadap kelab, ia kerana mereka telah berikan segalanya kepada saya sama seperti saya di Real Sociedad.”

Griezmann juga menafikan yang beliau ada menelefon Jose Mourinho untuk mendapatkan perpindahan ke Manchester United.

Katanya itu cumalah cerita palsu yang direka media.

Walaupun begitu, Griezmann masih lagi berteka-teki mengenai masa depannya selepas musim 2017/2018.

Beliau sepertinya memang mahu tinggalkan Atletico Madrid, tetapi adakah ia akan terjadi?

Sumber:

  1. MARCA (2017): Griezmann: ‘I didn’t call Mourinho, to leave Atlético now would be dirty’; https://en.as.com/en/2017/07/05/football/1499243353_307965.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN