Pemain ’16 Tahun’ Ini Digantung Oleh AIFF Selepas Memalsukan Umurnya

Gourav Mukhi menjadi fenomena di India beberapa bulan lalu selepas menjaringkan gol dalam debut beliau dalam perlawanan di antara Jamshedpur dan Bengaluru dalam ISL pada Oktober lalu. Perlawanan berakhir 2-2.

Gol Gourav Mukhi ke atas Bengaluru membuatkan beliau diiktiraf sebagai penjaring paling muda dalam sejarah Liga Super India (ISL) iaitu 16 tahun. Gourav turut diberikan anugerah MOTM dalam perlawanan itu.

Namun selepas itu, beliau didapati menipu dalam maklumat umurnya. Rupa-rupanya Gourav berusia 28 tahun. Persatuan Bola Sepak Seluru India (AIFF) menyiasat dan mengesahkan maklumat itu. Ianya telah membawa kepada hukuman berat dijatuhkan ke atas Gourav atas kesalahan pemalsuan dokumen.

‘The Central Registration System (CRS)’ diperkenalkan di India pada 2016. Sistem ini telah banyak membantu kerajaan India dalam mengesan penipuan umur dan maklumat kelahiran di India.

Sistem ini mulai digunakan oleh AIFF serta merta selepas ia diperkenalkan. Pada 2015, ramai pemain yang menipu umur tidak dapat dikesan kerana belum adanya CRS.

Kesalahan itu bukan sahaja salah di sisi peraturan bola sepak ISL malah melanggar peraturan sivil di India. Gourav mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.

Gourav menyertai skuad B-17 India dalam Piala Dunia 2015. Namun beliau bersama 4 lagi pemain B-15 telah ditangkap menipu umur. Kesemua mereka adalah lebih usia.

AIFF dalam kenyataan mereka berkata: “Berlandaskan prinsip fairplay, jawatankuasa disiplin AIFF berdasarkan prima facie yang serius telah meletakkan pemain tersebut dalam senarai penggantungan daripada mana-mana aktiviti bola sepak di bawah seliaan AIFF sehingga satu keputusan baru dicapai.”

Gourav Mukhi terpaksa dikeluarkan daripada senarai pasukan Jamshedpur FC, dan pasukan negerinya Jharkhand. Beliau sudah tentu sekali tidak boleh bermain untuk skuad kebangsaan India.

Mukhi memulakan karier ‘remaja’ beliau dengan pasukan simpanan Jamshedpur di divisyen ke-2 Liga India. Beliau menjaringkan 6 gol untuk pasukannya. Akibat aksi cemerlang itu beliau dipanggil ke skuad senior. Beliau terus memberikan impak dengan menjaringkan gol senior pertama berhadapan pasukan kuat – Bengaluru FC.

Namun kini masa depan beliau dalam sukan bola sepak profesional dianggap sudah berakhir kerana penipuan tidak bermoral ini.

ESPN menganggap AIFF telah menjaringkan gol sendiri dalam masalah ini. Ianya mendedahkan kelemahan mereka dalam pendaftaran pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN