Goran Pandev: Berakhirnya Langkah Panglima ‘Alexander The Great’ Bersama Mecedonia Utara

Goran Pandev Macedonia Utara

Ia seolah-olah sebuah cerita dongeng, bagaimana sebuah negara yang kurang dikenali dalam peta bola sepak dunia seperti Macedonia Utara berjaya membuat penampilan di kejohanan elit seperti Euro 2020.

Namun ia direalisasikan oleh sekumpulan ‘askar’ berjiwa besar yang diketuai oleh seorang panglima terbilang yang diberi nama Goran Pandev.

Ini merupakan penampilan pertama negara kelahiran Alexander The Great itu dalam kejohanan antarbangsa dalam tempoh 30 tahun sejak mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia.

Bayangkan lima tahun lalu, mereka berada di senarai ke-162 dalam kedudukan dunia FIFA, tetapi dengan pemain-pemain yang berbekal semangat luar biasa, mereka berjaya naik 100 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-62 ketika ini.

Pandev merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak untuk negaranya dengan 38 gol. Jaringannya sewaktu aksi playoff menentang Georgia itulah yang menghantar Macedonia Utara ke Euro 2020.

Beliau juga watak utama ketika pasukannya membuat kejutan menewaskan Jerman 2-1 di Duisburg dalam pusingan kelayakan Piala Dunia pada Mac lalu.

Layak ke Euro merupakan momen bersejarah untuk rakyat Macedonia Utara. Ia adalah sebuah negara di mana rakyatnya menjalani kehidupan yang lebih sukar berbanding negara-negara maju dan membangun di Eropah.

Pahlawan terbilang

Nama Pandev bukan lagi asing buat peminat bola sepak yang dapat menyaksikan kemuncak kariernya sewaktu meraih kejuaraan treble bersama Inter Milan pada 2010 ketika di bawah bimbingan Jose Mourinho.

Serie A menjadi pentas beliau menghabiskan sebahagian besar kariernya. Selain Inter, Pandev juga pernah beraksi untuk Lazio, Napoli dan kini bersama Genoa.

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Debutnya bersama skuad kebangsaan (dahulunya dikenali dengan Macedonia), bermula pada Jun 2001 dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang Turki.

Beliau juga telah memahat sejarah untuk menjadi satu-satunya penjaring gol untuk negaranya dalam kejohanan utama ketika pasukannya tewas 3-1 kepada Austria tempoh hari

Namun aksi menentang Belanda tempoh hari menjadi titik penamat buat pemain berusia 37 tahun itu di pentas antarabangsa. Ia merupakan kaps ke-122 buatnya.

Walaupun gagal mengutip sebarang mata di kejohanan ulung Eropah itu, peminat bola sepak di seluruh dunia dapat menyaksikan semangat melawan Macedonia Utara berdepan pasukan-pasukan lain yang jauh lebih ternama.

“Saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal. Saya berharap mereka ini, generasi ini, akan layak ke Piala Dunia,” ujarnya.

“Mereka telah menghadirkan begitu banyak kegembiraan kepada rakyat Macedonia Utara kerana mereka ini pemain-pemain yang berkualiti yang bermain untuk pasukan-pasukan yang bagi. Jadi saya rasa mereka berhak untuk ke Piala Dunia.”

Selain Pandev, beberapa pemain yang beraksi di liga utama Eropah juga menjadi kunci kepada kejayaan pasukan ini. Antaranya adalah Aleksandar Trajkovski (Real Mallorca), Boban Nikolov (Lecce), Alioski (Leeds United), Arijan Ademi (Dinamo Zagreb) serta dua pemain muda Enis Bardhi (Levante) dan Eljif Elmas (Napoli).

Bola sepak telah menyatukan seluruh jiwa rakyat negara itu. Sepanjang tiga dekad, tidak ada yang pernah menyangka nama Macedonia Utara akan diletakkan sebaris dengan gergasi bola sepak dunia yang lain.

Kini tanpa Pandev, pemain-pemain generasi baharu diharapkan dapat terus memberikan mimpi indah kepada rakyat negara mereka.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Apa Yang Susah Sangat Nak Mainkan Jadon Sancho?

Hadir Dengan Reputasi ‘Kuda Hitam’, Apa Sudah Jadi Dengan Turki Di Euro 2020?

3 Sebab Kenapa Perpindahan Ke Real Madrid Ideal Buat Calvert-Lewin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN