Kepada Siapa Higuain Tunjukkan Jarinya Sewaktu Meraikan Gol Menentang Napoli?

Kepulangan Gonzalo Higuain sebagai pemain Juventus ke Stadium San Paolo untuk perlawanan Coppa Italia menentang bekas kelabnya Napoli nyata tidak diterima dengan baik oleh peminat kelab tersebut.

Beliau diherdik, malah di-boo oleh para peminat Napoli dalam perlawanan yang menyaksikan Napoli menang 3-2.

Semua salah kau!

Dalam perlawanan itu juga, Higuain berjaya menemui sentuhan jaringan gol.

Dalam perlawanan tersebut, bekas penyerang Real Madrid tu menjaringkan 2 gol di kedua-dua separuh masa.

Walaupun menjaringkan 2 gol, namun Higuain tidak meraikan gol di hadapan bekas penyokongnya.

Beliau hanya berpelukan bersama-sama rakan sepasukannya, tetapi ada satu tindakan yang menjadi tanda tanya ketika perlawanan itu.

Setiap kali beliau menjaringkan gol, beliau akan memandang ke arah seseorang yang duduk ditempat VIP.

Malah bukan sahaja memandang dengan pandangan yang tajam, Higuain juga menghalakan jari telunjuk ke arah individu tersebut sambil menjeritkan sesuatu.

Individu yang dimaksudkan ada Presiden Napoli – Aurelio De Laurentiis.

Sambil beliau menghalakan jarinya, Higuain menjerit “Ia semua salah kamu!”

Tindakan itu juga telah dilakukan beliau ketika sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung.

Tapi kenapa Higuain bertindak sedemikian?

Hal ini kerana ia berbalik kepada punca mengapa Higuain pergi meninggalkan Napoli untuk menyertai Juventus.

Bagi Higuain, Presiden Napoli itu tidak mempunyai cita-cita besar untuk kelab serta tidak mahu melaburkan duit untuk pasukan yang berpengakalan di Naples.

Namun itu adalah cerita dari sudut Higuain, bagi peminat Napoli Higuain tetaplah seorang pembelot kerana menyertai Juventus.

Baca juga: 3 Pemain Liga Perdana Ditahan SPRM Kerana Isu Rasuah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN