Gomez Tak Tahu Diaz Akan Menyertai Persib Bandung

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini mengendalikan kelab Indonesia, Persib Bandung, Mario Gomez menafikan Jorge Pereyra Diaz yang dilaporkan meninggalkan JDT akan menyertai kelabnya.

Beliau mengesahkan mengenai perkara itu ketika dihubungi oleh Berita Harian yang mengatakan kelabnya tidak berhubung dengan Diaz serta tidak menawarkan apa-apa kontrak.

“Saya mendapat tahu berita itu (Diaz meninggalkan JDT) tapi saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Saya juga tidak tahu mengenai Jorge (Diaz) mahu menyertai kelab ini,” katanya.

Diaz dikatakan telah lari daripada hotel penginapan pasukan di Singapura pada puku; 12 tengah malam.

Spekulasi ditimbulkan oleh beberapa portal online di dalam negara mengatakan Diaz mungkin akan menyertai Persib Bandung untuk menyertai bekas pengendali JDT, Mario Gomez.

“Apa yang saya tahu Jorge (Diaz) di Argentina, tapi selebihnya saya tak tahu,” jelasnya.

Baru-baru ini satu kenyataan yang mengejutkan ramai pemerhati bola sepak di dalam negara apabila Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengumumkan Diaz sudah tidak bersama juara Liga Super Malaysia selama empat musim berturut-turut itu.

Ini berikutan tindakan pemain tersebut meninggalkan hotel penginapan pasukan di Singapura, sebelum penerbangan ke Vietnam untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC.

Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut tampil melalui kenyataan di dalam satu video khas untuk menjelaskan kejadian sebenar kemelut yang melanda pasukan tersebut.

Antara yang didedahkan oleh baginda ialah campurtangan jurulatih kecergasan, Fernando Gonzalez yang menimbulkan pertelingkahan di dalam pasukan.

Pengarah Urusan Action Football Asia (Malaysia) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata ITC hanya boleh diperolehi oleh Diaz selepas semua dokumen termasuk salinan passport, salinan kontrak lama dan kelab baharu, dan surat pelepasan dari kelab terdahulu dimuatnaik secara atas taian ke dalam Transfer Matching System (TMS).

“Diaz boleh pergi ke mana-mana kelab lain yang beliau suka. Tetapi apabila tiba masa untuk menampilkan ITC, maka beliau akan menghadapi masalah jika ia tidak dimuatnaik ke dalam sistem TMS.”

“ITC hanya boleh diperolehi melalui TMS, yang mana segala urusannya adalah secara atas talian. Ini bermakna, tiada pemalsuan atau manipulasi boleh dilakukan,” jelas Effendi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN