Mario Gomez Mahu Kembali Ke Malaysia Jika Khidmatnya Diperlukan

Gomez

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez mengakui beliau telah dihubungi wakil dari Liga Malaysia yang menunjukkan tanda minat bagi mendapatkan khidmatnya.

Gomez kini tidak membimbing sebarang kelab selepas ditamatkan kontrak oleh Persib Bandung pada Disember lalu di mana spekulasi kedatangannya ke Liga Malaysia bertiup kencang sebaik beliau dikaitkan jawatan di Selangor.

Jelas Gomez yang membantu skuad Harimau Selatan memenangi Piala AFC 2015, beliau mengambil pendekatan kunci mulut untuk mendedahkan identiti pasukan tersebut tetapi tidak menolak kemungkinan kembali membuat penampilan di Liga Malaysia.

“Ada wakil dari Malaysia telah menghubungi saya tetapi saya tidak mahu bercerita lebih kerana perbincangan itu masih menemui kata putus atau lebih lanjut.

“Siapa pasukan itu biarlah rahsia kerana saya menghormati semua pihak. Jika ada rezeki (membimbing pasukan Liga Malaysia), saya akan umumkan tetapi buat masa ini, tiada apa-apa rasmi secara hitam putih (dalam perjanjian),” katanya ketika dihubungi di Buenos Aires, Argentina hari ini.

Bagaimanapun, Gomez tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya ketika ditanya mendapat peluang untuk melatih salah satu pasukan yang bertanding di unifi Liga Super.

“Seperti saya katakan tadi, saya tidak mahu bercakap lebih tetapi jika tawaran itu ada, sudah pasti saya gembira untuk kembali bermain (melatih pasukan) di Liga Malaysia.

“Liga Malaysia sentiasa istimewa di hati saya apatah lagi pengalaman manis saya bersama JDT ketika berada di sana. Tipu jika saya mengatakan tidak berminat untuk bermain di Liga Malaysia nanti.

“Liga Malaysia memiliki tarikan tersendiri. Imej Liga Malaysia sudah semakin terkenal dan ramai pemain-pemain khusus dari Asia Tenggara mahu bermain di sini. Jadi, sudah pasti saya mahu kembali jika dapat peluang itu,” tambahnya.

Kredit foto: Asean Football

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN