‘Captain America’ Chelsea, Christian Pulisic Bakal Ketuai Cabaran U.S.M.N.T Di Gold Cup 2019

Musim panas ini menyaksikan 3 pertandingan peringkat konfederasi benua berjalan hampir serentak. Salah satunya ialah Gold Cup yang dianjurkan CONCACAF.

Beberapa hari lepas, CONCACAF telah mula menerima senarai 23 pemain yang dikemukakan oleh jurulatih pasukan kebangsaan masing-masing. 3 daripadanya mestilah penjaga gol.

Pulisic jadi tumpuan

Ketua jurulatih Amerika Syarikat, Gregg Berhalter telah memanggil pemain tengah sensasi Chelsea yang dipinjamkan ke Borussia Dortmund, Christian Pulisic.

Sebelum ini, Pulisic pernah bermain untuk Amerika Syarikat dalam Copa America Centenario yang berlangsung beberapa tahun lalu.

Namun begitu, pemain ini dijadualkan akan diturunkan untuk kejohanan Gold Cup buat pertama kali.

Beliau telah diberikan jersi bernombor 10. Pada tahun lalu, Pulisic diberikan lilitan kapten pasukan skuad kebangsaan Amerika Syarikat, untuk menjadi kapten pasukan termuda skuad bola sepak Uncle Sam itu. Beliau dijangka akan terus memakai lilitan tersebut di kejohanan Gold Cup 2019.

Seorang lagi calon kapten ialah pemain pertahanan, Matt Miazga yang memakai lilitan tersebut dalam perlawanan menentang Jamaica baru-baru ini selepas ketiadaan Pulisic.

Altidore kembali?

Nama bekas penyerang Sunderland, Jozy Altidore turut dikemukakan dalam panggilan tersebut. Beliau kini berusia 29 tahun dan kini bersama kelab Kanada, Toronto FC.

(Richard Lautens/Toronto Star via Getty Images)

Nampaknya Altidore menjadi ayam tambatan utama skuad Amerika Syarikat.

Siapa lagi?

Daripada 23 senarai pemain ini, ada sekumpulan pemain Amerika Syarikat yang beraksi untuk pasukan di Eropah. Antaranya pertahanan Reading, Tim Ream. Matt Miazga juga turut dipanggil.

Miazga kini bersama Chelsea walaupun dipinjamkan ke Reading pada musim yang baru berakhir.

(Photo by Andrew Kearns – CameraSport via Getty Images)

Pemain tengah Derby County, Duane Holmes turut dipanggil untuk menyertai kem latihan.

Holmes layak ke mewakili Amerika Syarikat kerana beliau anak kepada seorang pegawai kerajaan Amerika Syarikat walaupun ibunya berasal dari England.

Nama terkeluar

Brad Guzan antara nama dikenali peminat bola sepak dunia dalam pasukan kebangsaan Amerika Syarikat. Beliau pernah berkelana di Eropah dengan mewakili Aston Villa, Hull City dan Middlesbrough.

Kini, beliau bersama Atlanta United sejak 2017. Sayangnya, penjaga gol veteran ini tidak terpilih untuk ke kejohanan Gold Cup kali ini.

Berhalter telah memilih  Sean Johnson (New York City FC), Tyler Miller (Los Angeles FC) dan Zack Steffen (Columbus Crew/Manchester City, England). Berhalter sebelum ini telah memanggil Guzan untuk menyertai kelompok awal 40 pemain, namun rezeki tidak menyebelahi Guzan.

Kempen Amerika

Amerika Syarikat menjadi hos kejohanan kali ini. Mereka akan menentang Guyana pada perlawanan Kumpulan D pada 18 Jun.

4 hari kemudian, mereka dijadualkan akan menentang Trinidad dan Tobago. Perlawanan terakhir skuad Uncle Sam ini pada 26 Jun dengan menentang Panama.

 

Skuad Amerika Syarikat untuk Gold Cup kali ini merupakan adunan antara pemain veteran dan muda. Berhalter turut memanggil beberapa pemain yang pernah beraksi dalam Piala Dunia Bawah-20 sebelum ini seperti Wil Trapp dan Zack Steffen.

Adakah nasib Amerika Syarikat bakal berubah setelah dikecam teruk kerana gagal ke Piala Dunia tahun lalu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN