Gold Cup 2017: Amerika Syarikat Tepati Ramalan! Bertemu Jamaica Di Final

Pasukan tuan rumah yang juga pasukan pilihan mara ke perlawanan akhir Gold Cup 2017.

Dua gol dalam 20 minit akhir perlawanan membuktikan Amerika Syarikat lebih baik daripada skuad Cosa Rica. Negara Uncle Sam itu menewaskan Costa Rica dalam perlawanan separuh akhir Gold Cup kelmarin.

https://www.youtube.com/watch?v=btqpfykjpSs&spfreload=10

Jozy Altidore menjaringkan gol pertama buat tuan rumah pada minit ke-72. Sepuluh minit kemudian, bekas bintang Fulham, Clint Dempsey menambah gol kedua untuk Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat 9 kali cuba mengasak gawang Costa Rica namun hanya 2 gol terhasil. Tim Howard membuktikan gol pasukannya sentiasa terjaga,

Jamaica juga ke akhir

https://www.youtube.com/watch?v=yjclunheuVs

Gol pada minit ke-88 oleh Kemar Lawrence menjadi penentu kepada kemaraan Jamaica ke perlawanan akhir. Sepakan percuma cantik itu dimanfaatkan Kemar untuk membuatkan ribuan penyokong terpukau.

Gol tunggal itu memastikan Mexico gagal mempertahankan kejuaraan ketika berdepan dengan mereka. Jamaica layak ke akhir Gold Cup untuk dua kali berturut-turut. Tambah manis, Mexicolah yang menewaskan mereka dalam akhir kejohanan sama pada 2015.

Aksi final

27 Julai ini menjadi penentu adakah Amerika Syarikat akan kembali menjulang Gold Cup setelah kali terakhir pada 2013. Atau Jamaica akan menjadi negara terbaharu yang berjaya menjulang Gold Cup 2017 ini.

Harus diingat, pemenang Gold Cup 2017 akan bertemu juara Gold Cup 2019 untuk menentukan siapa wakil CONCACAF ke Piala Konfederasi 2021.

Sumber:

  1. Gold Cup (2017): http://www.goldcup.org/en

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN