Gol Nazmi Faiz Dipilih Sebagai Jaringan Terbaik Piala AFC 2017

Laman web Konfederasi Bola Sepak Asia (The-AFC.com) mengumumkan jaringan daripada pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor dipilih sebagai Jaringan Terbaik Piala AFC 2017.

Jaringan itu dilakukan ketika perlawanan menentang kelab dari Kemboja, Beoungket Angkor pada aksi peringkat kumpulan F yang berlangsung di Stadium Nasional Olimpik Phnom Penh, Kemboja, 19 April lalu.

Pasukan Harimau Selatan meraih kemenangan 3-0 pada perlawanan itu dengan dua lagi gol disumbangkan penyerang mudanya, Safawi Rasid dan penyerang import, Gabriel Guerra.

Gol Nazmi Faiz pula dihasilkan selepas penjaga gol Beoungket Angkor, Sou Yaty cuba meluru keluar dari posisi asal untuk menghalang sepakan di luar kotak penalti namun percubaannya gagal dan menyaksikan bola tiba di kaki Nazmi sebelum beliau melambungkan bola ke dalam gawang yang terbuka luas untuk gol kedua JDT.

Kejayaan itu diraih selepas Nazmi menerima undian tertinggi di media sosial sekaligus menewaskan tiga lagi calon lain yang turut menempatkan diri dalam senarai akhir bagi merebut anugerah jaringan terbaik di pentas Piala AFC 2017.

Tiga lagi calon yang turut menjaringkan gol yang menarik adalah penyerang JSW Bengaluru, Sunil Chhetri yang menghasilkan sepakan percuma daripada jarak 20 meter pada ketika pasukan itu bertemu kelab dari Maldives, Maziya Sports and Recreation.

Penyerang Bengaluru FC, Sunil Chetri.

Calon kedua pula ialah jaringan daripada penyerang Al-Zawraa, Mohanad Abdulraheem yang tidak dikawal dalam kotak penalti lalu meledak jaringan cantik menerusi sepakan yang melencong ketika pasukannya bertemu kelab daripada Qatar, Al-Jaish.

Satu lagi jaringan menarik yang berjaya tersenarai sebagai calon-calon jaringan terbaik Piala AFC musim ini dihasilkan pemain tengah Ceres Negros, Iain Ramsey yang melakukan rembatan menggunakan bahagian luar kaki kirinya sekaligus bola ‘melengkung’ memasuki gawang gol pasukan Tampines Rovers.

Sementara itu, AFC turut mengumumkan pemain dari Kelab Korea Utara, Kim Yu Song sebagai penjaring terbaik Piala AFC 2017 dengan jumlah 9 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN