Gol Melalui Sepakan Penjuru, Apa Yang Perlu Kita Tahu?

Sepakan penjuru atau turut dikenali sebagai sepakan sudut, adalah salah satu elemen undang-undang dalam permainan bola sepak dan dianugerahkan kepada sebuah pasukan selepas pasukan lawan mengeluarkan bola melepasi garisan belakang golnya.

Ini adalah terma undang-undang yang semua kita tahu dan tidak susah untuk memahaminya berbanding peraturan ‘off-side’.

Namun, apakah impak kepada pasukan yang diberikan sepakan sudut ini dapat merubah satu-satu keputusan perlawanan? Masihkah anda ingat akan jaringan ‘come back’ Manchester United ke atas Bayern Munich dalam perlawanan akhir UEFA Champions League tahun 1999?

Pengenalan

Artikel ini merungkai peranan dan kepentingan sepakan sudut serta impaknya ke atas pasukan dalam perlawanan bola sepak. Sepakan sudut adalah salah satu ‘tool’ yang boleh digunakan mana-mana pasukan dalam mencipta jaringan. Ia disebut sebagai ‘offensive’ strategi.

Banyak kajian yang telah dilakukan di negara barat bagi mengkaji impak sepakan sudut ke atas pasukan. Antaranya, impak sepakan sudut kepada jaringan, cara sepakan sudut diambil dan karakter sesuatu sepakan sudut.

(Photo by Simon Bruty/Sports Illustrated/Getty Images)

Namun, artikel ini akan lebih menjelaskan mengenai:

1. Perbandingan di antara dua buah kumpulan pasukan
2. Jenis sepakan sudut yang diambil
3. Peratus kejayaan sesuatu sepakan sudut dan
4. Minit permainan yang mencetus jaringan melalui sepakan sudut.

Kajian

Merujuk kepada satu kajian oleh Lowe (2016), kajian yang beliau lakukan menjurus kepada perbandingan dua buah kumpulan pasukan dalam mengambil sepakan sudut pada perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2014/2015.

Dua buah kumpulan yang dibahagikan itu terdiri daripada 4 pasukan teratas liga iaitu Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Manchester City. Manakala 4 pasukan bawahan ialah Aston Villa, Burnley, Hull City dan Quuen Park Rangers.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Jenis sepakan sudut yang diambil kira dalam kajian ini terdiri daripada ‘in-swinger, out-swinger, straight or short’.

Manakala minit permainan yang mencetus jaringan melalui sepakan sudut dibahagi kepada 6 fasa di mana 1 fasa mewakili setiap 15 minit (6 fasa x 15 minit=90 minit).

Kaedah kajian

Kajian ini dijalankan di musim 2014/15, mengambil kira sepakan sudut oleh 8 buah pasukan (4 teratas dan 4 terbawah). Sebanyak 1661 sepakan sudut dinilai melalui statistik yang disediakan oleh OPTA ‘client system’.

(Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images

Daripada 1661 sepakan sudut ini, hanya 499 sepakan yang berjaya menghasilkan gol menjadikan hanya statistik ini digunapakai untuk analisa selanjutnya.

Dapatan kajian

Berdasarkan statistik dan penilaian, 4 pasukan teratas lebih banyak mendapat sepakan penjuru berbanding 4 pasukan bawahan. Namun apa yang mengejutkan, 4 pasukan bawahan lebih banyak menghasilkan jaringan melalui sepakan sudut berbanding 4 pasukan teratas.

Berdasarkan jenis sepakan sudut yang diambil, jenis secara ‘swing’ adalah lebih menghasilkan jaringan berbanding secara ‘straight or short’ untuk kedua-dua buah kumpulan pasukan.

(Photo by Marc Atkins/Mark Leech Sports Photography/Getty Images)

Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan di antara 2 kumpulan ini di mana 4 pasukan bawahan lebih gemar mengambil sepakan yang menuju kawasan di hadapan (‘near/far-post area’).

Manakala 4 pasukan teratas lebih gemar menuju kawasan tengah dan sepakan secara pendek.

Dari aspek minit permainan, kedua-dua kumpulan pasukan banyak menghasilkan jaringan melalui sepakan sudut pada separuh masa kedua permainan di mana pasukan teratas mencatat jaringan pada minit 46-60 dan pasukan terbawah merekod jaringan pada minit 61-75.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Jadi, bolehlah dirumuskan di sini, 4 pasukan bawahan lebih berkesan dari aspek sepakan sudut dan terdapat cara sepakan sudut yang berbeza diambil oleh pasukan berstatus kuat berbanding lemah.

Manakala penghujung permainan menjadi kelaziman buat mana-mana pasukan menjaringkan gol melalui sepakan sudut menjadikan tumpuan harus dilipat gandakan pada separuh masa kedua perlawanan.

Pakar sepakan sudut

Dalam membicarakan kajian mengenai sepakan sudut, tidak lengkap sekiranya kita tidak mengenalpasti beberapa nama pemain yang dianggap memiliki sepakan sudut yang baik.

Antara nama-nama besar yang pernah menjaringkan gol menerusi sepakan sudut (banana kick) adalah David Beckham, Alvaro Recoba, Ronaldinho, Roberto Carlos dan Diego Forlan.

David Beckham pernah melakukannya ketika mewakili LA Galaxy, Alvaro Recoba melakukannya ketika mewakili pasukan Nacional, Ronaldinho ketika bersama Flamengo dan Diego Forlan ketika mewakili Internacional di penghujung kariernya.

Di Malaysia pula, siapakah yang pernah mendapat gelaran pakar sepakan sudut? Badhri Radzi dan Azizul Kamaludin pernah menjaringkan gol menerusi sepakan sudut.

Ada nama-nama lain yang pernah menjaringkan gol melalui sepakan sudut ini? Sila kongsikan bersama kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN