Jaringan pada masa kecederaan oleh Harry Kane telah membantu England menempah slot automatik ke Piala Dunia Rusia.
Harry Kane menjadi kapten England buat pertama kali di halaman sendiri. Beliau telah menyambut hantaran cantik Kyle Walker dengan menapak bola tersebut.
Walaupun menang dan mara, aksi England dalam perlawanan ini agak mengecewakan. Mereka bergelut sepanjang 90 minit permainan.
Slovenia pastinya kecewa selepas gagal bertahan pada saat-saat akhir perlawanan, ketika mereka sedang berkira-kira mahu membawa pulang 1 mata.
Perlawanan ditambah 6 minit kerana ada penyokong yang menceroboh masuk ke dalam padang. England memiliki beberapa peluang keemasan menerusi Rashford dan Raheem Sterling, namun gagal menyudahkannya.
England juga harus berterima kasih dengan Joe Hart. Beliau dikritik hebat oleh penyokong ketika Southgate mengumumkan masih menjadikan Hart penjaga gol no.1.
Prestasi Hart di EPL membuatkan ramai penyokong England hilang kepercayaan kepada beliau. Namun begitu, jika Hart tidak melakukan beberapa aksi menyelamat penting, England boleh tewas dalam perlawanan ini.
Kemenangan ini adalah kemenangan ke-14 berturut-turut di Wembley oleh England dalam kelayakan Piala Dunia.
England have now qualified for 6 consecutive World Cup tournaments.
1998 🇫🇷
2002 🇰🇷🇯🇵
2006 🇩🇪
2010 🇿🇦
2014 🇧🇷
2018 🇷🇺 pic.twitter.com/hsEiAvu6NG— Squawka (@Squawka) October 5, 2017
Nampaknya, Gareth Southgate sudah boleh melakukan perancangan awal. Tahniah untuk England.
Dalam satu lagi perlawanan, Scotland terus menghidupkan peluang mereka untuk mara selepas kemenangan dramatik ke atas Slovakia. Slovakia tewas selepas Martin Skrtel tertampan bola ke gawang sendiri pada minit akhir perlawanan.
Ini adalah kedudukan semasa kumpulan F.