Gol lencongan Curtis Jones, pemain berusia 18 tahun dari luar kotak penalti cukup untuk memastikan Liverpool menang 1-0 ke atas seteru setempat, Everton.
Kemenangan pada awal pagi tadi itu turut membenarkan The Reds mara dari dari pusingan ketiga Piala FA.
Jadual yang padat memaksa Jurgen Klopp menurunkan kesebelasan utama yang boleh dianggap sebagai skuad eksperimen.
3 – Liverpool have named three teenagers in their starting XI for a Merseyside derby (Elliott, Williams, Jones) for the first time since October 2012 (Sterling, Suso, Wisdom), a 2-2 draw in the Premier League at Goodison Park under Brendan Rodgers. Experimental. #FACup pic.twitter.com/yjnsJzIKRP
— OptaJoe (@OptaJoe) January 5, 2020
Liverpool menurunkan tiga pemain remaja – pertama kali dilakukan sejak 2012 – untuk derbi Merseyside ini.
Everton pula menurunkan hampir kesemua pemain terbaik mereka untuk membenarkan skuad Carlo Ancelotti menguasai permainan pada babak pertama.
Malah Everton turut memiliki peluang terbaik menjaringkan gol pada 45 minit pertama perlawanan.
Ancelotti on Everton's performance against Liverpool: "I am going to speak to each player and tell them that was not good enough."
— GOAL (@goal) January 5, 2020
Dominic Calvert-Lewin misalnya menguji Adrian seawal minit ke-6 perlawanan. Serangan berikutnya oleh Everton menyebabkan James Milner mengalami kecederaan.
Situasi ini membuatkan Joe Gomez sebagai satu-satunya pemain senior berada di atas padang, tatkala peluang demi peluang dicipta oleh Everton.
James Milner injury update.#EmiratesFACup https://t.co/xMlczr9o8T
— Liverpool FC (@LFC) January 5, 2020
Mason Holgate memiliki peluang keemasan, namun percubaan beliau tepat ke arah Adrian hasil sepakan percuma cantik Gyfli Sigurdsson.
Bintang Brazil, Richarlison turut dinafikan oleh kecemerlangan Adrian selepas menyambut hantaran ‘cut back’ Theo Walcott.
Everton terus mensia-siakan peluang menghukum Liverpool apabila tandukan terbang Calvert-Lewin di hadapan gawang gol Liverpool tidak tepat.
Jürgen Klopp delivered a glowing appraisal of @takumina0116’s performance after the new signing made his Reds debut against Everton 🙌🔴
— Liverpool FC (@LFC) January 5, 2020
Selepas itu, pemain antarabangsa dari Jepun yang menjadi perhatian penyokong The Kops, Takumi Minamino berpeluang untuk menjadi hero di Anfield.
Malangnya beliau gagal untuk menyambung hantaran yang dihasilkan oleh Divock Origi.
Origi sendiri kemudiannya menguji Jordan Pickford, untuk menyelamatkan keadaan sebelum babak pertama berakhir. Momentum perlawanan kemudiannya berubah selepas itu.
18 – Aged 18 years and 340 days, Curtis Jones is Liverpool's youngest goalscorer in a Merseyside derby since Robbie Fowler (18y 338d) in the Premier League in March 1994. Hero. #FACup pic.twitter.com/Crf1s24UlN
— OptaJoe (@OptaJoe) January 5, 2020
Skuad kedua Liverpool secara tiba-tiba memperolehi keyakinan yang diperlukan dan beraksi seperti tiada bezanya dengan skuad utama pada babak kedua perlawanan.
Alex-Oxlade-Chamberlain yang dimasukkan pada minit ke-70 membenarkan Curtis Jones untuk lebih fokus kepada usaha melakukan serangan.
WOW!! 😱pic.twitter.com/SVCz7K5rvE
— Liverpool FC (@LFC) January 5, 2020
Hanya beberapa minit selepas itu setelah bertukar hantaran bersama Origi, Curtis Jones menghasilkan satu lencongan cantik menewaskan Pickford di penjuru kiri atas tiang gol.
Gol tersebut mencetuskan sambutan luar biasa di Anfield. Jelas sekali Liverpool kini seolah-olah lupa bagaimana untuk kalah.