Video: Gol Griezmann Yang Dibatalkan Oleh VAR

VAR merujuk kepada Video Assistant Referee. Ianya telah digunakan dalam perlawanan rasmi FIFA pertama kali pada perlawanan persahabatan Perancis menentang Sepanyol.

Sebelum ini ia sudah diuji di dalam beberapa perlawanan lain untuk ujian dan penilaian.

Pada minit ke-47, Antoine Griezmann melakukan jaringan cantik menerusi tandukan.

Beliau dan rakan-rakan siap meraikannya dan pengunguman di stadium pun melaungkan nama Griezmann.

Namun tidak lama selepas itu, jaringan itu ditarik balik kerana VAR.

VAR diaktifkan atas permintaan pemain Sepanyol yang mendakwa Griezmann ofsaid.

Selepas dianalisis di bilik khas, ternyata bantahan pemain Sepanyol itu tepat dan berasas. Jadi keraian Griezmann itu ironi untuk meraikan VAR.

Ini adalah sedutan babak tersebut. Ini adalah video dari twitter, versi ni cantik sikit. Buka via browser jika anda ada masalah membukanya dengan instant article:

Atau anda buka versi youtube di bawah ini:

Ramai juga yang kagum dengan ketangkasan VAR ini yang menentukan keputusan dalam tempoh sekitar 10 saat.

Baca juga: VIDEO: Bruno Suzuki Dedah Marko Simic Pemain Paling Kelakar Dalam Skuad Negeri Sembilan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN