Quantcast

BERITA

Gol Goulon Cetus Fenomena ‘Perang Bawang’ Malaysia-Indonesia Di Media Sosial

Gol jaringan pemain pertahanan import Pahang dari Perancis, Herold Goulon ketika menentang Perak di separuh akhir Piala FA bukan sahaja mendapat perhatian penyokong bola sepak tempatan, tetapi turut menarik minat peminat bola sepak antarabangsa.

Gol jaringan Herold Goulon pada masa kecederaan tersebut dihasilkan dari jarak lebih kurang 55 meter, menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim pantas menjadi sensasi dan turut dikongsikan oleh beberapa media antarabangsa yang lain.

Harold Goulon goal

Stop what you’re doing on this Sunday morning and watch this OUTRAGEOUS free-kick 🔥

Harold Goulon take a bow 👏

Posted by Eurosport on Sunday, June 23, 2019

Antara yang melakukan perkongsian jaringan tersebut melalui media sosial ialah media antarabangsa terkemuka seperti Eurosport, BBC, dan The Guardian.

Sebenarnya perkongsian oleh media antarabangsa bukanlah perkara yang aneh. Apatah lagi Goulon pernah beraksi bersama Blackburn Rovers di saingan Liga Perdana Inggeris satu ketika dahulu.

Pahang tidak memberitahu dunia, tetapi dunia mengambil tahu pasal Pahang

Hail Herold Mark GOULON !

Puskas?

Posted by Syed Ahmad Muhsin on Sunday, June 23, 2019

Tidak keterlaluan jika kita katakan ini adalah liputan terbesar untuk bola sepak Malaysia oleh media antarabangsa sejak Faiz Subri memenangi anugerah Puskas FIFA pada 2017.

Seperti dijangka, jaringan menakjubkan dari jarak jauh sebegini akan mendapat panggilan daripada pelbagai pihak untuk dicalonkan untuk anugerah Puskas, termasuk oleh Menteri Besar Pahang,

Adakah anda setuju dengan pencalonan jaringan Herold Goulon ke anugerah PUSKAS FIFA 2019?

Posted by Semuanya BOLA on Saturday, June 22, 2019

Bawang Malaysia vs Bawang Indonesia

Seperti dijangka, perkongsian dari media-media antarabangsa terhadap gol Goulon akan mendapat perhatian dari media antarabangsa. Di Eurosport misalnya, lebih 6000 Likes, 1900 komen, dan 1600 perkongsian telah dilakukan pada ketika artikel ini ditulis.

Hérold Goulon’s amazing stoppage time free-kick goal from the other half of the pitch has to be seen to be believed.

Posted by The Guardian on Sunday, June 23, 2019

Perkongsian daripada media-media lain juga mendapat sambutan luar biasa. Namu melalui tinjauan kami, terdapat komen-komen dari segelintir netizen yang keterlaluan. Malang sekali, perkongsian oleh media-media antrabangsa ini turut menjadi medan untuk pengguna media sosial dari Malaysia dan Indonesia untuk bertengkar.

 

View this post on Instagram

 

Puskás Award contender❓😱🇲🇾 @mfl_my ⠀ @officialpahangfa @heroldgoulon

A post shared by 433 (@433) on


Muatnaik di laman Instagram milik 433 seperti diatas ini misalnya dipenuhi dengan pelbagai komen dari peminat bola sepak Malaysia dan Indonesia. Lebih mengecewakan, kata-kata yang digunakan oleh kedua-dua kumpulan penyokong seolah-olah tidak melambangkan adat ketimuran dan nilai saling menghormati di kalangan negara serantau.

Antara perang bawang Malaysia-Indonesia di media sosial.

Antara perang bawang Malaysia-Indonesia di media sosial.

Antara perang bawang Malaysia-Indonesia di media sosial.

Antara tempat dimana netizen dari Malaysia dan Indonesia bertengkar atau ‘membawang’ ialah di komen penyerang Pahang, Dickson Nwakaeme. Perkara ini bukan sahaja berlaku di perkongsian milik 433, tetapi turut berlaku di semua perkongsian yang lain.

Apakah faedahnya berbuat demikian, kami pun tidak pasti. Apakah keuntungan dan kerugian pun tidak dapat ditentukan melainkan ia memberi cerminan buruk kepada negara dan juga bola sepak.

Oleh itu, kami mahu mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit teguran kepada netizen dan pembaca-pembaca kami khususnya, agar berpada-padalah ketika memberikan komen di media sosial. Belajarlah untuk lebih bertanggungjawab.

Bahasa jiwa bangsa. Buruk bahasa, buruklah peribadi. Buruk peribadi, malulah bangsa.