Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol antarabangsa ke-99 untuk membantu Portugal mengatasi Luxembourg 2-0 pada Ahad untuk mengesahkan kelayakan ke pusingan akhir EURO 2020.
Bruno Fernandes memecah kebuntuan selepas 39 minit perlawanan berlangsung.
That’s Portugal goal number 9⃣9⃣ for Cristiano Ronaldo.
He’s got three minutes to try and get another… pic.twitter.com/Frk2C1GEuA
— Match of the Day (@BBCMOTD) November 17, 2019
Ronaldo kemudian menjamin tiga mata buat pasukan pelawat dengan gol kedua selepas menolak masuk bola yang ditepis penjaga gol hasil rembatan Diego Jota ketika perlawanan berbaki empat minit.
Kemenangan ini meletakkan Portugal di tangga kedua Kumpulan B dengan 17 mata, tiga mata di hadapan Serbia yang terikat 2-2 dengan Ukraine.
Ronaldo kini hanya kekurangan satu gol untuk menyertai lagenda Iran, Ali Daei yang menjaringkan 100 gol untuk pasukan kebangsaan.
Most goals scored all-time in men's international football:
🇮🇷 Ali Daei (109)
🇵🇹 Cristiano Ronaldo (96)
🇭🇺 Ferenc Puskas (84)Just 13 goals from tying the all-time record. pic.twitter.com/O3KdjWOrbI
— Squawka (@Squawka) November 14, 2019
“Sudah tentu saya berbangga jika dapat menjaringkan gol pertama bersama pasukan negara. Tak kisah siapa yang jaringkan gol, tetapi apa yang lebih penting adalah kami berjaya meraih kemenangan,” kata Jota yang maraih kaps keduanya bersama The Salecao.
Portugal agak bergelut untuk beraksi dengan permainan yang baik kerana keadaan padang di Stadium Josy Barthel yang kurang sempurna disebabkan cuaca hujan lebat.
Cristiano Ronaldo juga mengkritik keadaan padang tuan rumah dengan mengatakan ianya ibarat ‘ladang kentang’ dan menurutnya pasukan bertaraf dunia tidak sepatutnya bermain di atas padang seperti itu.
Qualificação para o Euro 2020: ✅ Obrigado a todos pelo apoio incansável, segue-se a defesa do título! 🇵🇹 #TodosPortugal @EURO2020 pic.twitter.com/gO3DwwsAhf
— Portugal (@selecaoportugal) November 17, 2019
Jurulatih Portugal, Fernando Santos pula merendah diri mengatakan pasukannya bukanlah yang terbaik di Eropah sekalipun mereka memegang status selaku juara bertahan.
“Kami bukanlah pasukan pilihan, tapi kami akan berusaha untuk memenanginya,” kata Santos yang turut membawa Portugal meraih kejuaraan sulung Liga Negara-Negara Eropah pada Jun lepas.
“Kami juga bukanlah pasukan terbaik, tetapi kami telah menang dua kejuaraan utama Eropah dalam tempoh empat tahun.”