‘GOAT’ – 807 Gol Ronaldo Atasi Rekod Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Josef Bican

Cristiano Ronaldo
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo memahat namanya dalam buku rekod sebagai penjaring gol bola sepak profesional terbanyak sepanjang zaman dengan 807 gol selepas mencetak hatrik ketika menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Meskipun terdapat beberapa ‘khilaf’ atau perbezaan pendapat mengenai status penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak, namun berdasarkan rekod dan kajian yang dilakukan oleh FIFA selaku badan induk bola sepak dunia, penyerang Austro-Czech, Josef Bican telah menjaringkan 805 gol sepanjang kariernya dari 1931 hingga 1955.

Jaringan Ronaldo pada minit ke-12 menerusi satu rembatan kencang dari luar kotak penalti membolehkan beliau menyamai rekod tersebut.

Penyerang antarabangsa Portugal itu kemudian mengatasi rekod Bican dengan satu tampanan mudah hasil dari hantaran lintang Jadon Sancho untuk mengatasi rekod Bican sebelum tandukannya pada minit-minit akhir memberikan kemenangan penting buat United.

Ia merupakan hatrik ke-59 dalam karier pemain berusia 37 tahun ini dan merupakan yang pertama sejak kembali semula ke United pada awal musim ini.

“Teramat gembira dengan hatrik pertama saya sejak kembali semula ke Old Trafford. Tiada apa yang dapat mengalahkan perasaan kembali ke padang dan membantu pasukan dengan gol dan kemenangan,” tulis Ronaldo dalam akaun Instagram miliknya.

Jumlah 807 gol yang dijaringkan oleh Ronaldo itu merangkumi jaringannya ketika beraksi untuk Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid, Juventus dan skuad kebangsaan Portugal.

Czech FA sebelum ini pernah mendakwa jumlah gol yang dijaringkan oleh Bican sebenarnya adalah 821gol, namun FIFA hanya mengiktiraf 805 berdasarkan kajian dan statistik rasmi.

Dua penyerang legenda Brazil, Pele dan Romario pula dikatakan telah menjaringkan lebih 1,000 gol semasa kerier mereka, tetapi statistik tersebut adalah termasuk perlawanan amatur, persahabatan dan tidak rasmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN