GK Tunisia Pura-Pura Cedera Untuk Tolong Pasukannya Berbuka Puasa Di Tengah Perlawanan

Penjaga gol Tunisia, Mouez Hassen ‘membantu’ diri sendiri dan rakan-rakan sepasukannya yang lain untuk berbuka puasa dengan berpura-pura cedera ketika 2 perlawanan persahabatan yang berlangsung baru-baru ini.

2 perlawanan persahabatan menentang Portugal dan Turki yang diadakan menjelang kempen Piala Dunia 2018 di Rusia ini berlangsung pada bulan Ramadan tahun 1439 Hijrah. Tunisia layak ke kejohanan Piala Dunia 2018 selepas menjuarai kumpulan A kelayakan zon Afrika dan bakal beraksi di kumpulan G bersama Belgium, England dan Panama bermula 18 Jun 2018 nanti.

Dalam 2 perlawanan persahabatan tersebut, Mouez merebahkan badannya di awal separuh masa kedua untuk menarik perhatian pengadil. Pengadil kemudiannya menghentikan seketika perlawanan supaya staf perubatan dapat masuk ke padang untuk ‘memberikan rawatan’ kepada beliau.

Dan pada ketika itu jugalah, kesempatan ini digunakan oleh pemain-pemain Tunisia lain untuk lari ke tepi padang dan berbuka puasa dengan sedikit kurma dan air.

Kejadian ini berlaku pada minit ke-58 ketika menentang Portugal. Ketinggalan 1-2, Mouez yang rebah turut berbuka puasa dengan kurma dan sedikit air yang dibawa oleh staf perubatan pasukan Tunisia.

Menariknya 6 minit selepas berbuka puasa, Tunisia berjaya menyamakan kedudukan untuk mempertahankan kedudukan jaringan 2-2 sehingga tamat perlawanan.

4 hari kemudian ketika menentang Turki, Mouez melakukan perkara sama pada minit ke-49. PDalam perlawanan tersebut, pasukan Afrika Utara itu juga seri 2-2.

Ibadat puasa di bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam bagi penganut agama Islam di mana mereka tidak dibenarkan makan dan minum (serta berbuat perkara kemungkaran) bermula dari waktu matahari terbit sehinggalah matahari terbenam.

Mujurlah Mouez dan pemain-pemain Tunisia yang lain tidak perlu berbuat perkara sama apabila kejohanan Piala Dunia 2018 bermula nanti kerana Ramadan berakhir pada hari pertama kejohanan. 4 hari kemudian, barulah Tunisia memulakan aksi pertama kumpulan G dengan menentang juara edisi Piala Dunia 1966, England.

Ini merupakan kejohanan Piala Dunia pertama buat Tunisia selepas 12 tahun.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN