Buat pertama kali dalam sejarah, lagu kebangsaan ‘Negaraku’ telah dinyanyikan di Stadium Nasional Bukit Jalil diiringi oleh gitar solo dari pemain gitar legenda, Man Kidal.
Man Kidal bukanlah watak yang asing dalam industri hiburan negara. Merupakan pemain gitar kumpulan rock terkenal, Lefthanded, beliau juga merupakan seorang komposer.
Malah penampilan beliau yang nama sebenarnya ialah Abdul Rahman Mahmood menerima tepukan gemuruh lebih 80,000 penyokong kedua-dua pasukan Perak dan Kedah yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak petang.
Antara lagu ciptaan Man Kidal ialah Perjalanan Cinta Abadi – Lefthanded (Ramli Sarip & Man Kidal/Ramli Sarip); Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi – Lefthanded (Man Kidal & Lefthanded/S. Amin Shahab); Maya Persada – Lefthanded (Man Kidal/A.J); dan banyak lagi.
Kedah muncul juara Piala FA selepas menewaskan Perak 1-0 hasil jaringan tunggal Fadzrul Danel pada masa tambahan.
Untuk rekod ini adalah kejuaraan ke-5 Kedah di Piala FA, selepas turut pernah bergelar juara pada 1996, 2007, 2008 dan 2017.
Kami kongsikan sekali lagi alunan gitar ‘Negaraku’ dari Man Kidal di perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2019.
?? | Persembahan lagu kebangsaan, ‘Negaraku’ oleh pemain gitar lagenda Malaysia, Man Kidal!#ShopeePialaFA2019#MFLLive#PRKKED pic.twitter.com/VPaIZWzQn0
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 27, 2019